Wednesday, October 3, 2012

Sebab-sebab kenapa kita menganggap ia sebagai tindakan menyelamat “bailout” - 3hb Oktober 2012


Kenyataan Akhbar  - 3hb Oktober 2012

 

 

Sebab-sebab kenapa kita menganggap ia sebagai tindakan menyelamat “bailout” :

 

1)           Apabila membeli/menerima aset-aset, Kerajaan Negeri sepatutnya menggunakan penilaian yang dilakukan oleh  Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).  Walau bagaimanapun, aset-aset ini telah dibeli/diterima pada harga yang terlalu tinggi mengikut penilaian yang dibuat oleh pihak swasta dan bukan JPPH. Contohnya ialah Bukit Beruntung 2 yang dinilai pada harga  RM113 juta oleh JPPH, tetapi Kerajaan Negeri telah menerima/membelinya dengan harga RM345 juta.  

 

Daripada jumlah RM676 juta aset-aset yang diterima/dibeli oleh Kerajaan PR Negeri Selangor, telah berlaku lebih nilaian yang ketara antara RM339 juta hingga RM397 juta.

 

2)           Aset yang diterima/dibeli untuk penyelesaian hutang ini mempunyai nilai komersil yang rendah. Sebagai contoh:

 

a.           Lot pejabat di Menara Pandan dan Ukay Perdana yang mempunyai kadar penghunian rendah  dan tidak diduduki;

b.           Tanah bekas lombong di Danau Putra dan masih belum dipecah bahagi

c.            Tanah cerun bukit kelas C3 and C4 di Ulu Yam;

d.           Tanah bekas lombong yang berada di bawah air di Bestari Jaya; dan

e.           Tanah di Puncak Jalil yang telahpun dipulang kepada Kerajaan Negeri oleh Talam sejak tahun 2005.

 

3)           Kerajaan PR Selangor telah bayar sejumlah wang sebanyak RM266 juta kepada pembiaya/banker  Talam. Jumlah wang ini kebanyakkan diperolehi melalui jualan tanah kepada PNSB, d mana PNSB telah mengambil pinjaman berserta  bayaran faedah berjumlah RM316 juta. (Artikel dalam The Edge bertarikh 15 Mac 2010, membayangkan bahawa untuk Talam dikeluarkan dari PN 17,  syarikat tersebut perlu menjelaskan hutang tertunggak sebanyak RM227 juta sehingga 30 November 2009).

 

4)           Menteri Besar Selangor telah membayangkan bahawa Talam menghadapi kemungkinan dibubarkan. Namun, selepas transaksi dengan Kerajaan PR  Selangor,  Talam telah terkeluar dari senarai syarikat PN 17.

 

5)           Kebanyakan tanah di Selangor telah dikenalpasti untuk pembangunan. Walau bagaimanapun, selepas 2 ½  tahun, tiada pelan pembangunan yang jelas ke atas tanah yang dibeli dari  Talam.



6)           Senario yang berlaku pada anak syarikat milik Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:




a.   Kerajaan Negeri berhutang sebanyak RM115 juta kepada KHSB dan berdasarkan kepada laporan suku tahun yang terkini, tiada bayaran dibuat kepada KHSB.

 

b.   Kedudukan kewangan Unisel telah semakin merosot kerana Unisel hanya menerima RM10 untuk RM248 juta hutang dari Talam. Diskaun sebanyak RM36 juta telah diberi kepada Talam meskipun Talam tidak memenuhi Perjanjian Penyelesaian yang tamat pada tahun 2008.

 

c.   Daripada mengutip RM28 juta, PNSB hanya menerima RM10 dan kini mempunyai pinjaman sebanyak RM230 juta dengan kos bayaran faedah sebanyak  RM86 juta sementara Talam pula berjaya menjimatkan RM24 juta setiap tahun.

 

7)           Kenapa Kerajaan PR Negeri Selangor perlu menerima/membeli aset melebihi keperluan sehingga ia terpaksa berhutang kepada Talam pada akhirnya ?

 

8)           Di dalam perjanjian penyelesaian yang ditandatangani sebelum Mac 2008, Talam dikehendaki menyelesaikan semua bebanan pada tanah. Tiada syarat diletak dalam Perjanjian untuk menerima tanah yang ada bebanan atau bayar kepada banker/pembiaya Talam .

 

 

Oleh itu, jumlah transaksi dalam urus naiga Talam ialah seperti berikut:;

 

Aset diterima/dibeli dengan lebih nilaian  

 yang ketara                                                             RM676 juta

 

Jumlah kos faedah ditanggung oleh PNSB                  RM86 juta

 

Diskaun diberi kepada Talam                                RM36 juta

                                                                                  ______

Jumlah kos yang dianggarkan                                        RM798 juta

                                                                                 ---------

Termasuk  lebih nilaian yang ketara sebanyak RM397 juta

 

Sehingga kini Kerajaan PR Negeri Selangor masih tidak mampu memberikan jawapan yang jelas ke atas isu yang dibangkitkan Kertas putih masih tidak dibentangkan dan selepas 2 ½ tahun rakyat masih menunggu. Kenapa EXCO Kerajaan Negeri dan Menteri Besar begitu diam sekali dengan transaksi yang begitu besar ini ? 

Semakan oleh KPMG hanya sekadar sebagai  
taktik untuk hubungan awam sahaja dan ia tidak menjawab sebarang tuduhan termasuk pembelian aset-aset pada harga yang terlalu tinggi berbanding dengan penilaian JPPH. Hakikatnya semakan ini menimbulkan lebih banyak persoalan

Berlaku penyalahgunaan prosedur Kerajaan kerana Kerajaan PR Selangior tidak dapat menjelaskan sama ada pembelian setia
p aset ini dosokong dengan penilaian JPPH

 

MACC perlu menyiasat perkara ini.



 

//TAMAT

 

Oleh Datuk Chua Tee Yong

 

Ketua Biro Profesional Muda MCA

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Ahli Parlimen Labis

No comments:

Post a Comment