Wednesday, October 3, 2012

Kenyataan Akhbar - Bajet Pakatan Rakyat 2013


Kenyataan Akhbar

1. Pembangkang telah menjanjikan perkara berikut di dalam Bajet PR 2013:

Janji
Jumlah kos  (RM Juta)
Elaun Pengajaran Khas sebanyak RM500 sebulan kepada semua guru
 
2,400
Kenaikan gaji kepada kakitangan kerajaan kerana  pelaksanaan gaji minimum segajat sebanyak RM1,100
 
2,000 
Perbelanjaan ke atas gaji anggota polis ditingkatkan sebanyak 15%
  754
JUMLAH
 5,154 Juta

 

2. Bagi membolehkan pembangkang melaksanakan dasar di atas ia memerlukan tambahan sebanyak RM5.1 bilion dalam emolumen tidak termasuk kenaikan gaji kepada semua kakitangan kerajaan di kementerian dan agensi kerajaan yang lain (anggota tentera, doktor, ahli farmasi, jururawat, bomba dsbnya)

 

3. Walau bagaimana pun, berdasarkan kepada pecahan peruntukan mengurus dalam bajet PR, bayaran emolumen dijangka meningkat hanya sebanyak RM4 bilion dari RM52 bilion (2012) kepada RM56 bilion (2013).

 

4. Berlaku defisit sekurang-kurangnya RM1.1 bilion (RM5.1billion tolak RM4 billion) dan jumlah ini akan lebih tinggi jika kenaikan gaji ini termasuk anggota perkhidmatan awam dari Kementerian atau agensi yang lain. Ini menunjukkan ketidak kompeten yang melampau.

 

5. PR berkemungkinan perlu mengurangkan sebanyak 100,000 orang anggota perkhidmatan awam sebagai jalan alternatif untuk memenuhi bajet yang dicadangkan mengikut emolumen yang diunjur pada tahun 2013 (andaikan gaji minimum RM1,100 setiap bulan untuk setiap anggota perkhidmatan awam dilaksanakan). Kemungkinan ini boleh berlaku kerana Ketua Biro Publisiti DAP Tony Pua pernah mencadangkan sebelum ini untuk mengurangkan anggota perkhidmatan awam sebanyak 40%.

 

6. Tambahan lagi, jumlah untuk pembayaran pencen adalah sama untuk tahun 2012 dan tahun 2013 berdasarkan kepada pecahan peruntukan mengurus. Bagaimana ini boleh berlaku memandangkan terdapat pesara baru dan pelarasan untuk pencen yang disebabkan oleh kenaikan gaji. Contohnya anggota polis?

 

7. Bahkan bayaran pencen dan emolumen telah dinyatakan kurang dari angka sebenar bagi melakar gambaran palsu bajet defisit yang kecil  atau ia berlaku semata-mata kerana ketidak kompeten yang melampau.

 

8. Pemimpin Pakatan Rakyat telah berjanji untuk menurun harga minyak bila mereka menjadi kerajaan, tetapi Pakatan Rakyat tidak pun masukkan janji ini dalam bajet mereka. Jadi, kenapa janji tersebut tidak dimasukkan? Adakah Pakatan Rakyat sudah lupa janji mereka?

 

9. Kesimpulannya, bajet PR hanya satu janji yang tidak boleh ditunaikan, setelah mengambil kira rekod mereka dalam menunaikan janji di negeri mereka masing-masing.

 

 

 

Oleh Datuk Chua Tee Yong

Ketua Biro Profesional Muda MCA

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Ahli Parlimen Labis

 

 

No comments:

Post a Comment