Friday, October 5, 2012

Bajet Pakatan Rakyat Menghampakan - Chua Tee Yong


Kenyataan Akhbar – 5hb Oktober 2012

Bajet Pakatan Rakyat Menghampakan  



1. Bajet 2013 Pakatan Rakyat telah dikatakan oleh PR sebagai bajet yang terbaik dan dibuat khusus untuk rakyat. Adakah ia betul begitu ?

 

2. Pertama, Pakatan Rakyat sering kata jika mereka berkuasa, mereka akan kurangkan harga petrol dan rakyat akan dapat menikmati harga petrol yang mampu dibayar . Namun, pengumunan yang begitu penting ini tidak pun dimasukkan dalam Bajet 2013 mereka. Kalau begitu, bagaimana mereka dapat kurangkan harga petrol ? Di manakah pengiraan mereka ?

3. Bukan itu sahaja, mereka juga berjanji untuk menghapuskan tol jika PR berkuasa. Tetapi sekali lagi ia tidak dimasukkan dalam bajet mereka. Di dalam Bajet 2013 PR, ada menyebut bahawa ia akan menyemak semula harga tol tapi tiada janji dibuat untuk menghapuskan tol.

4. PR membayangkan bahawa mereka sesuatu yang baik untuk dibawa kepada rakyat dalam Bajet, di mana mereka berjanji akan menaikkan gaji minimum dari RM900 pada masa ini kepada RM1,100. PR melaung-laungkan ini adalah langkah terbaik untuk golongan pekerja. Ini tidak benar. Langkah ini akan meningkatkan lagi beban hutang Negara dan seterusnya membebankan rakyat dalam jangka masa panjang.


5. Pengiraannya mudah sahaja . Pada masa sekarang, kita ada 3 juta pekerja asing di Malaysia. Bayangkan jika kita memberikan tambahan RM200 sebulan kepada setiap orang pekerja asing, maka dalam satu bulan sebanyak RM600 juta akan dijanakan dan dalam masa setahun , RM7.2 bilion akan dibelanjakan untuk pekerja asing ini.

6. Jika RM7.2 bilion ini digunakan untuk menjana lebih banyak pendapatan untuk Malaysia, ia tentulah menakjubkan. Namun, ia bukan begitu. RM7.2 bilion merupakan wang yang akan mengalir  keluar  Kerana wang itu akan dipindah dari negara ini ke negara asal pekerja asing.


7. Jika kita laksanakan gaji minimum RM1,100 , kita akan kehilangan RM7.2 bilion setiap tahun. Persoalan sekarang ialah SIAPA yang akan menanggung kos RM7.2 bilion ini ? Jawapannya ialah  Rakyat ! Pemilik perniagaan sudah tentu akan memindahkan semua kos yang ditanggung hasil daripada kenaikan gaji miniumum kepada Rakyat dan Rakyat lah yang akan menanggung akibatnya. Dana Mudahcara yang dicadang oleh PR hanya cukup untuk menampung keperluan kurang dari dua bulan  Selepas itu, Rakyat akan menanggung segala sengsara.

 

8. Bukan itu sahaja,  jumlah RM7.2 bilion juga adalah bersamaan 2 kali ganda perbelajaan Kerajaan untuk  program BRIM, termasuk BRIM untuk ibu tunggal dan belia antara 21 tahun hingga 30 tahun. Inikah manfaat kepada Rakyat yang dikatakan oleh PR ? Siapakah yang dapat manfaat  ?  Ini cuma adalah satu jeritan politik dan  ia tiada praktikalnya.

9. Bajet 2013 PR membuat seruan untuk Ubah.  Tapi itu adalah Ubah yang tidak membawa manfaat kepada rakyat, ia satu Ubah yang akan membawa Negara itu berundur  ke belakang dan ia satu Ubah yang akan membankrapkan Negara ini dalam sekelip mata !

  

Oleh Datuk Chua Tee Yong

Ketuo Biro Professional Muda MCA

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

No comments:

Post a Comment