Friday, November 9, 2012

Kerajaan tak pinggir Orang Asli



 
 
Salah seorang penduduk Kampung Orang Asli Sungai Lenek,Bekok menerima sumbangan daripada Chua Tee Yong (kiri) di Labis, kelmarin.

LABIS 5 Nov. - Kerajaan tidak pernah meminggirkan masyarakat Orang Asli dalam memastikan mereka menikmati kemudahan pendidikan dan perumahan seperti kaum lain.

Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong berkata, taraf hidup masyarakat Orang Asli kini sudah jauh berubah jika dibandingkan 20 tahun lalu dengan peningkatan pendapatan menerusi pelbagai program yang dilaksanakan kerajaan.

Beliau berkata, walaupun bilangan Orang Asli adalah kecil jika dibandingkan dengan kaum lain, ia tidak bermakna peranan serta sumbangan masyarakat itu dalam pembangunan negara boleh dinafikan.

"Selari keperluan pendidikan bagi anak-anak Orang Asli, dua buah sekolah rendah yang serba lengkap telah dibina di Parlimen Labis iaitu di Kampung Kudong dan Kampung Segamat Kecil.

"Sejak sekolah dan asrama bernilai RM8 juta di Kampung Kudong siap dan mula digunakan hujung tahun lalu, terdapat peningkatan ketara jumlah pelajar Orang Asli bersekolah di situ termasuk dari kawasan luar yang tinggal di asrama," katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Lenek, Bekok di sini semalam.

Menurutnya, peningkatan itu jelas menunjukkan terdapat kesedaran terhadap pentingnya pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli dan prestasi mereka juga bertambah baik dari semasa ke semasa.

No comments:

Post a Comment