Tuesday, November 27, 2012

KENYATAAN AKHBAR (27hb November 2012)


KENYATAAN AKHBAR (27hb November 2012)

 

1. Kertas Putih yang dibentang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor telah mengesahkan pendedahan saya selama ini iaitu ia adalah satu tindakan menyelamat atau “bailout” di mana akhirnya rakyat telah ditipu dan anak syarikat Kerajaan Negeri menderita. Kenapa saya kata ia adalah satu tindakan menyelamat ?

 

PENILAIAN

 

2. Kerajaan PR Negeri Selangor tidak menggunakan penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan  Harta (JPPH) sepertimana yang dikehendaki mengikut prosedur Kerajaan.

 

3. Kertas putih itu gagal menjelaskan isu ini dan tiada percubaan untuk menyatakan sebab kenapa Kerajaan PR Negeri Selangor memutuskan untuk menggunakan penilai swasta sungguhpun ia bertentangan dengan prosedur Kerajaan Negeri. Kenapa Kerajaan PR Negeri Selangor lebih cenderung untuk menerima penilaian yang lebih tinggi daripada mengikuti penilaian yang dibuat oleh JPPH ?

 

Contoh  :

 

4. Mengikut penilaian JPPH, tanah di Bukit Beruntung 2 bernilai RM113 juta sementara harga penilaian oleh Sulaiman and Co  ialah RM375 juta. Tanah itu diterima pada harga RM345 juta sungguhpun proses tukar syarat tanah masih belum selesai.

 

Bagaimana penilai swasta ini dipilih, adakah tender dibuat, apakah kos yang dibayar kepada mereka dan bagaimana Kerajaan putuskan bila nak gunakan penilaian JPPH dan bila pula menggunakan penilaian swasta atau kenapa penilai swasta lebih disukai?

 

Contoh

 

5. Penilai Mitra telah menilai tanah di Bestari Jaya pada tahun 2009 dengan harga RM88,000 se ekar dengan jumlah RM199 juta.

 

Walau bagaimanapun, Mitra telah menilai tanah yang sama untuk Talam pada tahun 2010 dengan harga RM60,000 se ekar dengan jumlah RM142 juta.Nilai harta telah jatuh sebanyak RM57 juta dalam masa setahun, tapi ia telah diterima oleh Kerajaan PR Negeri Selangor dan tiada penilaian oleh JPPH dilakukan.

“BAILOUT”

 

6. Adalah satu pembohongan dengan mengatakan bahawa tiada duit rakyat digunakan. Kos yang terlibat bukan RM420,000. Tiada penjelasan bagaimana RM266 juta diperolehi untuk bayar kepada banker Talam. PNSB terpaksa mengambil pinjaman sebanyak RM230 juta dengan menanggung kos faedah sebanyak RM86 juta  dan kos untuk KPMG serta penilai swasta juga tidak dinyatakan.

 

A)      Sebelum transaksi dengan Kerajaan PR Selangor,   Talam adalah

sebuah syarikat yang disenarai di bawah PN 17. Talam telah terkeluar dari senarai PN 17 pada Jun 2010 selepas Perjanjian Penyelesaian ditandangani dengan Kerajaan PR Selangor pada bulan Mac dan April  2010

 

B)      Harga penilaian yang lebih tinggi telah diterima menyebabkan Kerajaan PR Selangor perlu bayar sebanyak RM266 juta kepada banker Talam. Jika harga penilaian untuk aset lebih rendah (contoh Bukit Beruntung 2, Bestari Jaya), maka jumlah yang perlu dibayar kepada banker Talam dapat dikurangkan atau lebih banyak aset dapat diperolehi oleh Kerajaan Negeri.

 

C)  Diskaun sebanyak RM36 juta telah diberikan kepada Talam walaupun Perjanjian Penyelesaian sebelum ini telah tamat pada tahun 2008 dan tiada penjelasan diberikan.

 

D)      Usaha mengutip semula hutang ini sebenarnya hanya memindah aset dari Talam kepada anak syarikat Kerajaan Negeri sepertimana yang disahkan dalam Kertas Putih. 90% daripada aset-aset telah dijual kepada anak syarikat Kerajaan Negeri. Hakikanya KHSB telah menolak percubaan untuk memaksa mereka menerima aset tersebut sepertimana yang didedahkan sebelum ini .

 

Tiada pembangunan yang besar dilaksanakan dan tiada pendapatan dijana daripada tanah cerun bukit Ulu Yam, unit pejabat , tanah Bukit Beruntung 2 dan tanah Bestari Jaya

 

Tapi pada masa yang sama, Talam telah bebas dari beban hutang kepada anak syarikat Kerajaan Negeri dan ia juga mampu selesaikan RM266 juta kepada bankernya.

 

E)      Artikel dalam The Edge pada 15 Mac 2010 menyatakan untuk Talam terkeluar dari senarai syarikat di bawah PN 17, syarikat tersebut perlu selesaikan hutang tertunggak sebanyak RM227 juta sehingga  30 November 2009. Apabila Kerajaan PR Selangor menerima/membeli asset-aset dari Talam, Kerajaan PR Selangor dikehendakki untuk bayar sejumlah RM266 juta kepada banker/pembiaya Talam. Jika tidak, Talam akan kekal sebagai sebuah syarikat di bawah PN 17.

 

F)      Daripada penyelesaian hutang itu, Talam telah dapat jimat bayaran faedah sebanyak RM24 juta setiap tahun sepertimana yang didedahkan dalam pekeliling mereka sementara PNSB pula terpaksa membayar kos faedah sebanyak RM86 untuk tempoh pinjaman dan menanggung bayaran susut nilai sebanyak RM1.2 juta setiap tahun untuk tanah pegangan pajakan di Bestari Jaya.

 

G)     Selepas Perjanjian Penyelesaian hutang ditandatangani,  Kerajaan  PR Selangor berhutang kira-kira RM30 juta kepada Talam. Kenapa Kerajaan PR Selangor perlu menerima/membeli aset melebihi keperluan sehingga ia sekarang berhutang kepada Talam  pada akhir usaha mengutip semula hutang ini ?

 

7. Sehingga kini, Kerta Putih yang dikeluarkan menjelaskan bahawa transaksi ini masih belum habis. Sebelum ini, Kerajaan PR Selangor mendakwa kertas putih tidak boleh dikeluarkan kerana transaksi belum selesai. Ini membuktikan bahawa Kertas Putih ini dikeluarkan hasil daripada tekanan daripada MCA dan Kerajaan PR Negeri Selangor sebenarnya tidak ada niat untuk menunaikan janji yang mereka buat pada tahun  2010.

 

8. Hakikatnya kos yang terlibat telah menjadi lebih tinggi sekarang kerana Kerajaan PR Negeri Selangor terpaksa menggunakan dana tambahan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu Unisel kerana sejumlah besar aset yang diterima dari Talam masih tidak ditukar menjadi wang tunai dan wang tunai yang didapati telah digunakan  untuk membayar banker Talam.

 

//TAMAT

 

OLEH Datuk Chua Tee Yong

Ketua Biro Profesional Muda MCA

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Ahli Parlimen  Labis

No comments:

Post a Comment