Sunday, April 19, 2009

Program Cari di kawasan Labis 拉美士的“寻找计划”

Program Cari di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di kawasan Parlimen Labis dari bulan September 2008 sehingga Mac 2009 mempunyai 227 pemohon yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dalam 227 kes permohonan tersebut, 27 kes yang telah diluluskan bukan melalui Projek Cari. Untuk makluman semua, pemohon yang telah menerima bantuan lain adalah tidak layak untuk menerima bantuan dari Projek Cari.

Setakat ini, sejumlah 161 permohonan masih berada di dalam siasatan dan sebahagian besar daripada pemohonnya terdiri daripada kaum bukan Melayu iaitu kaum India (77), kaum Cina (70) dan kaum Melayu (14). Daripada jumlah 161 permohonan tersebut, 5 permohonan telah dikenalpasti sebagai tidak lulus dan 34 permohonan iaitu kaum India(7), kaum Cina(26) dan kaum Melayu (1) telahpun menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan. Selainnya masih berada di dalam siasatan yang mana keputusan belum diketahui.

Program Cari merupakan satu program yang bermanfaat dan boleh membantu mengurangkan beban mereka yang memerlukan bantuan dan perhatian segera, terutamanya mereka yang hidupnya terlalu uzur dan miskin. Akan tetapi, saya juga telah menerima aduan dan mendengar beberapa keluhan serta rintihan daripada sesetengah pemohon bahawa masa pejabat yang digunakan untuk siasatan samada permohonan diluluskan atau tidak adalah terlalu lama, iaitu lebih dari 2 bulan. Saya juga telah menyuarakan masalah ini dan mendapatkan penjelasan dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Persidangan Dewan Rakyat pada 19.2.2009 yang lalu. Selain itu juga, saya ada menerima aduan bahawa terdapat sesetengah penerima bantuan Program Cari dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini di mana mereka hanya menerima bantuan 2 hingga 3 bulan sahaja. Mengikut apa yang telah saya fahami melalui sesi Taklimat berhubung Program Cari ini, setiap penerima akan menerima bantuan selama setahun dan pihak Jabatan Kebajikan juga perlu memantau dan mengkaji proses pengagihan pembayaran bantuan untuk setiap bulan. Saya yakin sekiranya Kementerian mengamalkan sistem pengurusan yang teratur dan sikap mengambil berat terhadap pemohon maka tiada lagi masalah-masalah yang akan timbul.

Sekiranya Program Cari ini ingin mencapai matlamatnya, pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu mengambil beberapa langkah untuk menambahbaikan pengurusan bantuan kebajikan. Penambahbaikan ini perlu meliputi pengurusan kerja yang berkaitan dengan proses penyiasatan permohonan bantuan, termasuk keputusan siasatan dan pembayaran perlu disiapkan dalam jangka tempoh tertentu. Kementerian juga perlu mengambil kira perasaan pemohon yang sedang menunggu untuk keputusan dan akan berasa kecewa sekiranya mereka perlu menunggu untuk satu jangka masa yang lama. Sekiranya ini berlarutan, ramai akan hilang kepercayaan terhadap program-program yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan walaupun program tersebut adalah bermanfaat terhadap rakyat.

Saya juga pernah membangkitkan isu ini di dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah Segamat dan telah menghantar surat kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini untuk menyuarakan kebimbangan saya. Saya telah dimaklumkan bahawa Pegawai Kebajikan telah menjanjikan kes yang masih berada di dalam siasatan akan diselesaikan dalam masa 2 hingga 3 minggu dan saya akan memastikan pegawai di Parlimen saya sentiasa memantau proses permohonan yang telah dibuat.

Sehubungan itu, saya berharap agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluaraga dan Masyarakat yang baru YB. Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil akan meneruskan usaha mulia Program Cari ini dan memperbaiki kelemahan-kelemahan pengurusan di dalam program tersebut demi membantu golongan yang miskin dan tidak berupaya.

Saya juga ingin mencadangkan agar YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengekalkan perlantikan Pegawai Kebajikan bukan Melayu. Ini adalah kerana terdapat banyak permohonan yang mana pemohonnya adalah bukan Melayu dan sentiasa menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai kebajikan Melayu. Di kawasan parlimen saya, kebanyakan permohonan adalah terdiri daripada kaum bukan Melayu dan perlantikan Pegawai Kebajikan bukan Melayu bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah komunikasi malah juga dapat membantu mempercepatkan proses siasatan.

Kerajaan juga bersetuju bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh menambah 800 Pegawai Kebajikan Kontrak sepertimana yang telah diumumkan di dalam Perbentangan Bajet Mini bagi mencapai matlamat Program Cari. Dengan adanya penambahan jumlah pegawai kebajikan, saya berharap agar tahap kecekapan proses siasatan dan penambahbaikan dalam sistem pengurusan Program Cari.

Di masa yang akan datang, saya berharap agar pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus prihatin terhadap nasib golongan miskin yang memerlukan bantuan dan perhatian daripada pihak Kerajaan, termasuklah menyediakan beberapa skim bantuan yang bersesuaian bagi membantu mereka melangkah keluar dari kepompong kemiskinan.
####

去年9月至今年3月,拉美士国会选区内的“寻找计划”(Program Cari)有227名申请者,其中去年9月有54人、10月9人、11月20人、12月50人,今年1月34人、2月16人和3月44人。

在227人当中,有27人已经获得其他援助金,所以不符合“寻找计划”的条件,另外还有5人不获批准,所以目前只有34人获得批准,其他161人有待鉴定。

这161还在等待福利金的人士当中,巫裔占14人、华裔70人及印裔77人;在已批准的34人之中,巫裔有1人、华裔26人、印裔7人,所以,有非马来人的福利官进行调查工作是很重要的。

我在处理“寻找计划”所面对的最大问题是,福利局批审个案的时间太久,往往超过一到两个月。“寻找计划”要达到预期的目标,有关当局必须尽快批准符合条件的个案,否则等待援助金的人民将置疑政府的诚意,也会失去对政府的信任。

由于批审的时间冗长,许多人向我投诉,虽然他们已经提出申请后,不过却没有回音,令他们心灰意冷。

我在昔加末县议会工作行动委员会(Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah)中曾多次提出上述问题,也多次上函向部长反映。福利局官员如今承诺剩余的个案将在两至三个星期内批审完毕。我会紧密跟进有关事项。

我期望新任妇女、家庭及社会发展部长拿督斯里莎丽扎会继续推动这项计划,并检讨和改善当中的弱点。我也呼吁新任的马华副部长拿汀巴杜卡周美芬帮马华争取保留现有的华人福利官,解决语言沟通的问题,加速调查工作。

政府在迷你预算案中批准妇女、家庭及社会发展部聘请800名合约福利官,以扩大“寻找计划”的推行网络。

我希望部门能早日聘请这些福利官,而且也增加非马来人福利官,因为在我的选区有很多申请者是非马来人,聘请更多非马来人福利官可以让“寻找计划”更顺利进行。

1 comment: