Friday, April 24, 2009

Masalah di Taman seri Mahkota, Bekok 彼咯顺利花园的问题



Saya telah melawat kawasan Bekok pada 17.4.2009 bagi memantau masalah-masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk di sekitar Bekok. Dalam lawatan tersebut, terdapat beberapa masalah yang timbul terutamanya masalah jalan dan longkang di kawasan Taman Seri Mahkota, Bekok. Di antara masalah-masalah yang telah dikenal pasti semasa lawatan tersebut adalah :-

(a) Jalan Melor dan Jalan Kenanga di Taman Seri Mahkota, Bekok

Saya dapati permukaan jalan di persimpangan Jalan Melor dan Jalan Kenanga di Taman Seri Bekok ini tidak rata dan mempunyai batu-batu di atas jalan. Jalan yang tidak rata dan dipenuhi batu ini akan menyebabkan pengguna kenderaan bermotorsikal atau pengguna basikal mengalami kemalangan atau kecelakaan yang tidak diingini.

(b) Longkang di belakang rumah No.17, Jalan Melor di Taman Seri Mahkota, Bekok

Longkang yang terletak di belakang rumah No.17 telah pecah dan terdapat keretakan di bahagian tertentu. Oleh itu, arus air akan terus mengalir ke dalam rekahan-rekahan longkang tersebut dan sekiranya ini berlarutan, ia akan menghakis tanah yang berada di bawah rumah.

(c) Hakisan tanah di No.80, Jalan Melor di Taman Seri Mahkota, Bekok

Terdapat hakisan tanah yang berlaku berdekatan dengan rumah No.80 Jalan Melor, terutamanya di bahagian tepi rumah dan ini menyebabkan tuan rumah berasa amat khuatir dan cemas kerana hakisan tanah ini boleh menyebabkan rumah runtuh. Selain itu, hakisan yang berterusan juga mungkin boleh menyebabkan tiang elektrik tumbang dan menghempap di kawasan rumah yang berhampiran.

(d) Padang Jalan Melor di Taman Seri Mahkota, Bekok

Padang di Jalan Melor telah dipenuhi lalang dan tiada kemudahan rekreasi untuk kanak-kanak mahupun dewasa untuk menjalani aktiviti riadah. Saya ingin mencadangkan pembinaan Taman Permainan kanak-kanak di dalam Mesyuarat Tindakan akan datang bagi menyokong seru Kerajaan dalam menjalani kehidupan yang sihat dan cergas.

(e) Jambatan diantara Kebun MCA dan Kampung Panca Jaya, Bekok

Melalui aduan yang telah saya terima, jambatan kayu yang terletak di antara Kebun MCA dan Kampung Panca Jaya ini berukuran sepanjang 40 meter dan telah digunakan selama 25 tahun. Kini, keadaan jambatan tersebut terlalu usang dan tidak lagi selamat untuk digunakan terutamanya kepada penunggang-penunggang motosikal atau basikal. Saya berharap pihak agar pihak Jabatan / Majlis Daerah dapat menyelesaikan masalah ini bagi mengelakkan kemalangan yang boleh melibatkan nyawa penduduk di sekitar kawasan tersebut.


我在4月17日到彼咯进行沿户拜访,了解当地居民面对的问题。其中,我发现顺利花园(Taman Seri Mahkota)的路面和沟渠有一些问题,包括:

(a) Jalan Melor和 Jalan Kenanga路面问题
上述两条路的路面不平坦,很多石头散落在地上,电单车和脚踏车骑士容易发生意外。

(b) Jalan Melor屋后沟渠需要修理
这条路门牌17号屋子后方的沟渠已经出现裂缝。当大雨来袭,急流直接流入裂缝,久而久之将侵蚀屋后的土地。

(c) Jalan Melor 门牌80号的屋子旁边有土蚀现象
门牌80号的屋子旁边有土蚀现象,屋主担忧土蚀会导致屋子崩塌。如果土蚀持续,街灯可能会倒塌和击中邻近房屋。

(d) Jalan Melor的草场问题
这个的草场长满茅草,孩童和大人都失去休闲场所。我将在昔加末县工作行动理事会建议在当地设立游乐场,以贯彻健康生活的目标。

(e) 马华芭和Kg Panca Jaya之间的桥梁
马华芭和Kg Panca Jaya之间的木桥已使用了25年而破损不堪,电单车或脚踏车骑士随时有掉下河的危险,我希望县议会或有关当局采取行动,避免发生意外。

No comments:

Post a Comment