Saturday, April 4, 2009

Soalan saya di Parliament tentang Syarikat Silterra (25/8/2008)

Tuan Chua Tee Yong [Labis] minta Menteri Kewangan menyatakan apakah jumlah pelaburan kerajaan kepada Syarikat Silterra (di bawah Syarikat Khazanah) sejak penubuhan syarikat tersebut. Apakah keuntungan selepas cukai dari tahun 2004 hingga 2007 yang dicapai
oleh syarikat tersebut.

Jawapan Timbalan Menteri Kewangan I [Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Jumlah pelaburan Khazanah Nasional Berhad dalam Silterra Malaysia Berhad sejak penubuhan syarikat tersebut pada tahun 1995 adalah sebanyak RM5,140 juta.

Dari segi prestasi, dari tahun 2004 hingga tahun 2007 Silterra telah mengalami kerugian selepas cukai iaitu:
tahun 2004 sebanyak RM902 juta,
tahun 2005 sebanyak RM892,
tahun 2006 sebanyak RM645 juta,
tahun 2007 sebanyak RM1,119 juta.

Tuan Chua Tee Yong [Labis]: Apakah rancangan Khazanah untuk memastikan pelaburan yang telah dilaburkan kepada Silterra ini mendapat pulangan balik serta kerugian yang telah dialami ini amat banyak.

Apakah rancangan untuk memastikan Silterra yang memerlukan pelaburan yang tinggi mencapai keuntungan, kerana pada November 2007 Silterra telah mengumumkan bahawa mereka memerlukan lebih banyak pelaburan iaitu 8.5 bilion? Apakah rancangan kerajaan untuk
menyelamatkan syarikat ini?

Dato' Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah: Tuan Yang di-Pertua, kita melihat dari segi untuk memperkukuhkan syarikat ini ada dua aspek. Satu dari segi operasi dan satu dari segi kewangan. Dari segi operasi, apa yang berlaku ialah skala pengeluaran dan jualan Silterra adalah kecil iaitu 30,000 dipanggil wafers start per month (WSPM) yang perlu ditingkatkan.

Apa yang dilakukan oleh Silterra dalam konteks ini ada dua perkara. Satu, hasilkan produk yang lebih berteknologi tinggi iaitu 0.13 mikron dan yang lebih kecil lagi yang sekarang diperlukan oleh pasaran. Kalau kita lihat dari segi handphone makin lama makin kecil ini sedang dibuat oleh Silterra untuk tujuan itu ia perlu untuk mengadakan partnership dan partnership ini sedang proses untuk diperolehi. Ada syarikat-syarikat daripada negara China dan kita lihat dari segi di US dan Eropah berlaku pemindahan kilang-kilang dalam industri ini dan pihak Silterra sedang melihat peluang-peluang tersebut.

Dari segi kewangan Tuan Yang di-Pertua, saya lihat bahawa kerugian besar yang dialami oleh Silterra pada tahun 2007 dan sebelumnya adalah berpunca daripada depreciation dan juga dari segi aset yang dengan izin write-off. Ini berjumlah sebanyak RM989 juta.

Apa yang dilakukan apabila ada write off nanti, depreciation syarikat tersebut akan kurang. Umpamanya dari tahun 2006 sebanyak RM560 juta. Keuntungan itu disedut oleh non monetary... Ini dari segi accounting dia perlukan untuk buat pekerjaan tersebut tetapi bukannya
kerugian dari segi operasi. Pada tahun 2007, RM368 juta, bermakna apabila berlaku write off dari segi aset syarikat tersebut, pada masa akan datang depreciation syarikat tersebut akan kurang, maka impak ke atas kewangan ataupun keuntungan operasi itu akan berkurangan. Jadi saya percaya melalui proses yang dijalankan itu Silterra akan berada pada landasan yang betul。

#######

拉美士区国会议员蔡智勇要求财政部长说明政府通过国库控股向Silterra公司进行多少投资,以及该公司2004年至2007年税后盈利。

财政部副部长拿督阿末胡斯尼的答复:

Silterra公司自1995年成立以来,国库控股共投资了51亿4千万令吉。

2004年至2007年,Silterra公司面临税后亏损是:
2004年亏损9亿零200万令吉
2005年亏损8亿9千200万令吉
2006年亏损6亿4千500万令吉
2007年亏损11亿1千900万令吉。

蔡智勇在附加提问中的询问:国库控股将如何确保在Silterra的投资获得盈利?2007年11月Silterra已经宣布他们需要额外的85亿令吉扩展业务,政府将如何拯救这家公司?

阿末胡斯尼答复:

要巩固公司可从营运及财务方面着手,在营运上,Silterra生产的晶圆(wafer, 半导体材料)每月销售额只有3万个,有必要提升。

该公司生产的是130纳米的晶圆,不过由于手机体积越来越小,因此市场需要更小体积的晶圆。为了生产更小的晶圆,这家公司正寻求合作伙伴。目前除了有来自中国的潜能伙伴,美国及欧洲相关公司正相继搬迁公司,Silterra正寻求这些机会。

2007年及之前Silterra公司是因为贬值和资产注销,而面对9亿8千900万令吉的亏损。

如果有注销,公司面对的贬值就会减少,例如,2006年原本有5亿6千万令吉盈利,不过却被非营业损失抵销。这并不是营运上所造成的损失,而是账面损失。2007年该公司有3亿6千800万令吉盈利,如果资产注销,公司的贬值就会减少,对盈利的冲击也随之减少。

No comments:

Post a Comment