Thursday, April 30, 2009

Majlis Dialog bersama Masyarakat Orang Asli Bekok 与彼咯原住民村村民的对话会


Pada 18hb April 2009 yang lepas, saya mengadakan satu majlis sesi dialog dengan masyarakat Orang Asli Labis di Dewan Kampung Kudong, Bekok. Majlis dialog ini telah dihadiri seramai 50 orang daripada 6 perkampungan Orang Asli di Bekok. Hadir sama bagi mewakili masyarakat Orang Asli ini ialah Wakil Ketua Masyarakat Orang Asli Kampung Kudung, Wakil Ketua Masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Lenek, dan beberapa orang wakil dari Persatuan Pemuda Masyarakat Orang Asli.

Program Majlis Dialog ini adalah bertujuan untuk memahami dengan lebih dekat masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli, serta membantu menyelesaikan masalah dan seterusnya mencadangkan tindakan susulan yang bakal diambil setelah apa yang telah dibincangkan dalam sesi berdialog ini.

Antara masalah-masalah masyarakat Orang Asli yang telah dibincangkan semasa Majlis Dialog tersebut adalah :

(a) Masalah Landasan Keretapi

Kebanyakan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Lenek menggunakan laluan landasan keretapi sebagai laluan pintas untuk ke Pekan atau ke kampung-kampung lain. Jika tidak, mereka terpaksa melalui jalan yang lebih jauh kerana Kampung Sungai Lenek terletak lebih jauh dari perkampungan Orang-orang Asli yang lain.

Walaubagaimanapun, landasan keretapi yang sering mereka gunakan itu adalah landasan sementara yang telah dibina sejak bertahun dahulu dan sehingga kini masyarakat Orang Asli masih menunggu kelulusan dari pihak Keretapi Tanah Melayu untuk membaikpulih dan diselenggarakan dengan baik. Saya dapati, infrastruktur landasan keretapi ini ini sudah terlalu lama dan harus di baikpulih sebagai langkah-langkah awal keselamatan bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini.

(b) Keciciran Pelajaran

Masalah lain yang menarik perhatian saya di sini ialah kedaifan dalam menjalani kehidupan yang menyebabkan ramai anak-anak Orang Asli keciciran terutama dari segi pelajaran kerana tidak mampu untuk ke sekolah. Saya menyeru kepada semua anak-anak masyarakat Orang Asli sentiasa memberi keutamaan terhadap pelajaran demi masa depan mereka. Saya juga ada menerima keluhan bahawa terdapat murid-murid yang menuntut pelajaran di Sekolah Cina Bekok masih tidak menerima bantuan subsidi pelajaran dari Kerajaan dimana pihak Kerajaan akan memberi bantuan berbentuk pakaian dan kos yuran pelajaran.

(c) Isu tanah

Isu tanah adalah menjadi isu utama dalam Majlis Dialog ini, saya telah menerima aduan dan keluhan dari masyarakat Orang Asli berhubung Ladang Kelapa Sawit yang telah diusahakan oleh mereka kini di bawah kuasa YPJ Holding. Setelah persetujuan dibuat antara masyarakat Orang Asli dan pihak YPJ Holding satu keputusan telah dicapai bahawa setiap keluarga Orang Asli yang mengusahakan Ladang Kelapa Sawit ini akan menerima bayaran RM800.00 sebulan dan dividen sebanyak RM3000.00 ke RM4,000.00 pada akhir tahun. Walaubagaimanapun sehingga kini, masyarakat Orang Asli ini masih menunggu bayaran dividen dari pihak YPJ Holding dan isu ini juga telah mendapat perhatian dari YB Tan Kok Hong, ADUN Kawasan Bekok dan beliau juga akan mendapatkan penjelasan dari pihak YPJ Holding secepat mungkin.

(d) Jalan Tanah Merah

Masalah jalan juga timbul di dua kawasan kampong Orang Asli Bekok iaitu Jalan tanah merah dari Kampung Kemayan ke Kampung Kudong dan Jalan tanah merah dari Kampung Kudong ke Kampung Tamok. Kedua-dua jalan ini masih menggunakan tanah merah sebagai laluan utama mereka, keadaan ini amat merumitkan kepada penduduk Orang Asli yang menggunakan motosikal atau basikal terutamanya musim hujan. Harapan mereka agar kedua-dua jalan yang bermasalah ini dapat diberi perhatian oleh pihak Kerajaan terutamanya Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.

Setelah Majlis Dialog di Kampung Kudong, Bekok berakhir, saya meneruskan lawatan ke Kampung Kemidak Selai pada hari yang sama. Sepanjang lawatan tersebut, saya dapat merasakan kepayahan dan kedaifan hidup mereka yang hanya bergantung kepada bantuan Kerajaan selain dari sumber hasil-hasil tanaman yang mereka perolehi.


#####


我于4月18日,在彼咯库杜(Kudong)原住民村礼堂与原住民进行对话。大约50名来自6个原住民村的居民出席这场对话,出席者包括库杜原住民村和双溪雷聂(Sungai Lenek)原住民村村长,以及原住民青年协会的代表。

我进行这项对话是为了要更了解原住民的问题,以提供必要的协助。

原住民在对话中提出的问题包括:

(a) 火车轨道
双溪雷聂村比较偏远,当地原住民使用火车轨道,作为通往市镇或其他甘榜的捷径,否则,他们必须绕远路。

不过,这条轨道是数年前建好的临时轨道,当地原住民仍在等待马来亚铁道公司维修这条轨道。我发现,这条轨道使用已久,为了安全起见,当局应该进行维修,避免意外。

(b) 孩童失学
另一个令我关注的问题是,原住民生活落后,经济拮据,导致许多孩童失学。我当时吁请原住民应该注重教育,让孩子有更好的未来。一些在彼咯华小求学的原住民学生则没有获得政府提供的教育援助,包括校服和学费。

(c) 土地问题
原住民指出,他们工作的油棕园目前由YPJ控股管理,他们和该控股达致协议,在油棕园工作的原住民,每户每个月将获得800令吉,年杪可获得3千令吉至4千令吉分红,不过迄今却没有下文。原住民已向彼咯区州议员YB陈国煌提出此事,陈国煌将向该控股了解详情。

(d) 道路问题
从克马烟(Kemayan)到库杜(Kudong),再前往打莫(Tamok)原住民村的主要通道只是红泥铺成的道路,骑电单车或脚车原住民因此感到不便,特别是雨季。我希望政府,特别是乡区及区域发展部关注上述两条道路。

对话会结束后,我前往士莱(Selai)原住民村。原住民的生活只是依靠政府援助及种植业,从这次访问,我感受到原住民生活的困难。

No comments:

Post a Comment