Monday, April 30, 2012

Sasar lahir lebih ramai tenaga mahir asas tani

29/04/2012 5:54pm
KLUANG — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat melahirkan lebih ramai tenaga kerja dan graduan yang berkemahiran dalam bidang itu melalui institusi latihan di bawah kementerian tersebut.

Timbalan Menterinya, Datuk Chua Tee Yong berkata ia berikutan permintaan yang tinggi industri terhadap tenaga kerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang ternakan dan pertanian.

“Pasa masa kini terdapat 39 pusat latihan di bawah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan yang diletakkan di bawah agensi dan jabatan bawah kementerian.

“Namun daripada jumlah itu hanya sembilan pusat latihan termasuk Institut Veterinar Malaysia di sini yang menyediakan kursus di peringkat sijil dan diploma menerima pentauliahan daripada kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Institut Veterinar
Malaysia di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Pemangku Pengarah institut berkenaan Sabariah Basir.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment