Sunday, June 21, 2009

Ucapan saya di Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah sudi menjemput saya untuk Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada 89 pelajar di kawasan Parlimen Labis.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

PTPTN telah diwujudkan semenjak tahun 1997 untuk membantu pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di institusi tinggi tetapi tidak berkemampuan dari segi kewangan. Tujuan adalah untuk meringankan beban ibubapa dan pelajar yang ingin melajutkan pelajaran dan kadar faedah pada masa ini juga adalah munasabah kerana hanya sebanyak 3% berbanding caj kadar faedah dari institusi-institusi kewangan yang lain. Sebagai contoh, 89 pelajar di Labis akan mendapat RM 1,500 seorang sebagai wang pendahuluan PTPTN yang berjumlah RM 133,500.00.

Namun demikian, saya difahamkan bahawa laporan tahunan Kementerian Pengajian Tinggi menjangkakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan mengalami defisit sebanyak RM 46 bilion pada tahun 2020. Ini adalah satu perkara yang mengejutkan dan ianya tidak harus berlaku.

Selain itu, pihak Kerajaan juga telah mengenal pasti seramai 78,000 peminjam PTPTN disahkan tidak pernah menjelaskan bayaran pinjaman dan menyebabkan mereka dihalang untuk ke luar negara. Para peminjam PTPTN hanya dibenarkan untuk ke luar Negara sekiranya mereka boleh mengemukakan bukti bahawa mereka telah menjelaskan bayaran pinjaman. Jika keadaan ini berterusan, peminjam PTPTN akan mengalami masalah untuk berurusan ke luar negara mahupun membuat pinjaman yang lain apabila tamat pengajian kelak.

Sekiranya hutang pinjaman pelajar-pelajar tidak dapat diselaraskan, maka menjelang tahun 2020 dengan defisit sebanyak RM46 bilion, kemungkinan besar PTPTN tidak akan dapat membuat pinjaman kepada pelajar-pelajar di masa hadapan.

Salah satu sebab peminjam PTPTN tidak mampu membayar balik pinjaman yang telah dibuat adalah kerana ketiadaan sumber pendapatan yang tetap. Laporan daripada Kementerian Pengajian Tinggi juga telah menganggarkan sejumlah 60,000 siswazah di kategorikan sebagai penganggur.

Walaubagaimanapun, Kementerian Pengajian Tinggi telah mengambil langkah untuk membaiki keadaan ini dengan menganjurkan program seperti ‘Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2009’. Program ini adalah sangat tepat pada masanya kerana ianya membuka peluang kepada graduan baru untuk merebut hampir 14,000 pekerjaan yang ditawarkan.

Terdapat juga pelbagai usaha yang lain yang telah dilaksanakan bagi membantu graduan-graduan yang meminjam PTPTN membayar balik pinjaman. Pihak PTPTN telah cuba untuk bertolak ansur terhadap peminjam malahan peminjam boleh membayar secara ansuran bulanan serendah RM50 melalui bank. Selain itu, PTPTN juga telah menyediakan kemudahan sistem bayaran melalui online (E-payment) bagi memudahkan pembayaran untuk dilakukan.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

Kerajaan amat memandang berat sektor pelajaran dan keadaan pelajar-pelajar tempatan. Memandangkan keadaan yang lembap dalam sektor ekonomi pada ketika ini, kerajaan masih menyediakan peruntukan sebanyak RM3 bilion, iaitu sama seperti tahun lalu untuk pelajar baru membuat pinjaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tahun ini. Ini menunjukkan satu langkah yang baik bagi memastikan bahawa kemudahan PTPTN terus diberikan untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Akhir kata, saya dengan penuh sukacita Merasmikan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 89 pelajar-pelajar di Parlimen Labis.

Sekian, terima kasih.


首先,我要感谢高等教育基金局邀请我出席今天的援助金移交仪式。今天将有89名拉美士国会选区内的学生获得这项援助金,我很高兴今天可以和这些将进入大专的学生共聚一堂,同时也要赞扬高等教育基金局发出援助金,协助减轻父母的经济负担。

高等教育基金局成立于1997年,宗旨是通过提供低息贷款,协助来自贫穷家庭的学生在大专深造。有了这项低息贷款,就可以减轻学生和父母的经济负担。目前,高等教育基金局的贷款利息是3%,比其他金融机构低。而今天,高等教育基金局将发出1千500令吉援助金给89名来自贫穷家庭的学生,减轻父母的经济负担,这意味着,该局将发出13万3千500令吉。

不过,根据了解,因为毕业的大专生拖欠贷款,高等教育部预料,2020年时,高等教育基金局的赤字达到460亿令吉,令人民感到震惊,这件事情并不应该发生。

政府已经禁止7万8千名不曾摊还高等教育基金局贷款的大学毕业生出国,除非他们能够出示摊还贷款的证据,才获准出国。如果他们顽冥不灵,仍不摊还贷款,他们不但难以出国,也难以获得其他贷款。

如果被拖欠贷款的情况持续,当局会重新检讨高等教育基金局是否可以继续发出贷款。如果这个问题没有改善,而高等教育基金局在2020年时要面对460亿令吉赤字的话,该局就可能无法再为学生提供贷款。

我相信,许多毕业生因为没有固定工作而无法摊还贷款。根据高教部的估计,有6万名大专毕业生失业。

不过,高教部已开始着手解决这个问题,譬如举办2009年就业及企业展,提供1万4千个工作机会让失业的大专生寻找适合的工作。

为了让更多借贷学生更容易摊还贷款,高等教育基金局允许他们通过银行每月摊还50令吉,该局也提供网上摊还贷款服务,让他们容易还贷。

政府非常注重教育发展,虽然经济放缓,不过政府今年仍提供30亿令吉的高等教育基金,和去年所提供的贷款额一样,好让贫穷学生得以深造。

最后, 再次感谢高等教育局发出援助金给89名拉美士区的学生,谢谢。

No comments:

Post a Comment