Monday, March 23, 2009

Pertanyaan saya dalam perbahasan Mini Budget pada peringkat jawatankuasa di parlimen, 12 Mac 2009 我在第二财长进行第二套刺激经济配套委员会阶段总结时的提问

Tuan Chua Tee Yong [Labis]: Terima kasih Tuan Pengerusi, terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri. Saya ada dua soalan. Tadi mengenai program-program mikro kredit di Butiran B.11. Masalahnya saya terus terang ialah tentang kadar faedah untuk pinjaman mikro kredit harus diturunkan pada paras yang lebih munasabah, kerana pada masa ini kemudahan-kemudahan mikro kredit yang diberikan tiada bezanya dengan kadar komersial yang mengenakan paras antara 18%-24%. Pada masa yang amat membebankan, harap-harap kerajaan boleh menimbangkan kadar yang lebih rendah supaya ia memberi lebih ruang untuk perniagaan. Selain itu, saya harap mikro kredit ini berdasarkan kepada merit dan tidak berdasarkan sebarang kuota kerana pada masa ini banyak yang memerlukan pinjaman ini.

Selain itu, dari segi Skim Jaminan Modal Kerja* adalah langkah baik dan wajar, akan tetapi saya ingin penjelasan mengenai masalah yang saya mendengar banyak aduan daripada syarikat SME, bahawa bank mula memberi tekanan dan berturut-turut ingin mengurangkan amount facility yang sudah diluluskan kepada syarikat SME. Alasan mereka ialah yearly process review, dengan izin. Masalahnya, semasa menghadapi kemelut ekonomi biasanya permintaan akan turun seperti manufacturing, textile dan sebagainya. Oleh itu, ia memang tidak wajar dan tidak munasabah bahawa syarikat itu akan mengaut keuntungan pada masa ini. Oleh itu, saya harap kerajaan dapat menimbang sama ada pada masa ini facilities tidak patut ditarik sekiranya syarikat-syarikat ini semua dapat membayar kadar faedah mereka. Sekian, terima kasih.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop [Menteri Kewangan Kedua]: Tuan Pengerusi, terima kasih Yang Berhormat Labis. Saya bersetuju bahawa 18% itu adalah terlalu tinggi untuk mikro kredit dan kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan. Kalau ada pun kebanyakan mikro kredit adalah pada kadar yang lebih rendah dan kita akan gunakan merit dan tidak memerlukan kuota. Isu tentang syarikat-syarikat SME yang kerap juga mereka menyuarakan kesulitan yang dihadapi oleh mereka tentang mendapatkan pinjaman dan pembiayaan. Kerajaan telah beberapa kali berbincang dengan bank-bank dan telah meminta bank-bank jangan mengetatkan syarat-syarat untuk pinjaman kepada syarikat-syarikat dan harus mengambil satu aspek yang proaktif.

Akan tetapi inilah biasa yang berlaku dalam tiap-tiap krisis. Apa yang disebut Tuan Pengerusi, pendulum swing. Dalam masa selesa, bank memberi pinjaman, datang ke rumah, buat tawaran dan bagi payung, tetapi bila hujan mereka tarik balik payung yang diberi dalam suasana yang selesa. Jadi kerajaan telah beberapa kali minta bank jangan berbuat demikian.

#########

蔡智勇[拉美士区国会议员]:微型贷款的利率应该降低至合理水平。目前微型贷款的利率介于18%至24%之间,和商业贷款并没有差别。在目前这个艰难时刻,我希望政府可以考虑降低微型贷款利率,提供更多商业机会。此外,我希望微型贷款将根据绩效来发放,不要实行固打,这是因为目前许多人民都需要微型贷款。

此外,运作资本贷款担保计划*是一项好措施,不过,我接获许多中小企业投诉说,银行已经开始以每年检讨结果的理由,打算减少各项已批准的便利,让中小企业感到压力。在经济放缓的时刻,制造业、纺织业等行业的订单下降,这些公司在今年获得盈利的机会相对降低,银行不应该在这个时候收回已批准的种种便利。因此,我希望政府考虑在目前这个时候要求银行,如果相关公司有能力偿还利息,银行不应该收回这些便利。

诺莫哈末[第二财长]:我同意,微型贷款18%的利率确实太高,政府会致力减低这个利率。目前大部分微型贷款的利率偏低,我们会根据绩效发放贷款,不会实行固打。中小企业经常提出他们在借贷时所面对的难题。政府已与银行进行多次商讨,并已要求银行不要实行严苛的借贷条件,同时也要求银行应该采取主动。

不过,这是发生金融危机时的常态,也是钟摆定律。在经济大好时,银行愿意发出借贷,甚至亲自到你的家去提供“雨伞”(贷款),不过下雨(经济放缓)时银行就会收回之前给你的伞。政府已多次要求银行不要这么做。

*Skim Jaminan Modal Kerja: skim berjumlah RM5 bilion bagi membiayai modal kerja syarikat yang mempunyai dana pemegang ekuiti di bawah RM20 juta. Kerajaan akan menyediakan jaminan dengan nisbah 80:20, iaitu 80 peratus kerajaan dan 20 peratus institusi kewangan yang menyediakan pinjaman bagi membiayai modal kerja syarikat. Had pinjaman ialah RM10 juta bagi tempoh lima tahun.

*运作资本贷款担保计划:政府为股东资金少于2千万令吉的中小企业提供的50亿令吉计划,政府将以80对20的比例,即政府担保80%,金融机构担保其余20%,最高贷款额1千万令吉,必须在5年内偿还。

No comments:

Post a Comment