Wednesday, March 18, 2009

Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong感谢国家元首施政御词

Terima Kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertua Agong. Banyak yang telah dibahaskan dan dijelaskan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai cabaran ekonomi yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Pada masa yang sama terdapat juga pilihan raya kecil yang akan diadakan pada bulan April 2009 dan tambahan pula kali ini ada juga pilihan raya kecil di Batang Ai.

Walaupun kemenangan pilihanraya kecil ini adalah penting, lebih banyak tumpuan perlu diberi untuk mengurangkan impak kemelut ekonomi. Jika impak serta isu ekonomi dapat ditangani dengan baik, saya percaya ia akan memulihkan kepercayaan rakyat kepada parti BN. Maka parti BN perlulah memastikan agar masalah ekonomi perlu diberi keutamaan nombor satu.

Kita amat menghargai inisiatif yang diambil oleh Kerajaan untuk menyelamatkan ekonomi negara yang kian lesu, akan tapi kita juga ingin menegaskan bahawa lebih banyak maklumat secara terperinci mengenai pakej rangsangan RM7 bilion ini perlu dihebahkan kepada orang ramai. Ini kerana kita sering terdengar rungutan dari rakyat bahawa mereka tidak dapat merasai impak yang dibawa oleh pakej rangsangan tersebut .

Saya rasa faktor utama yang menyebabkan orang ramai mempunyai persepsi sedemikian ialah kerana kebanyakan fokus utama pakej rangsangan yang diumumkan dahulu adalah lebih kepada projek infrastruktur dan pembinaan yang mengambil masa untuk dilaksanakan kerana ia melibatkan banyak proses persediaan seperti pengambilan tanah, penyediaan spesifikasi teknikal, pelantikan kontraktor dan sebagainya. Oleh itu masa yang agak lama diperlukan sebelum wang suntikan tersebut dapat mengalir sepenuhnya ke dalam pasaran ekonomi.

Selain itu, saya dapati bahawa Kerajaan tidak menyediakan maklumat secara terperinci mengenai RM1 bilion yang diumumkan untuk Pembangunan Modal Insan. Perancangan teliti mengenai program yang akan dianjurkan atau dilaksanakan adalah penting untuk memastikan wang ini diguna sepenuh-penuhnya tanpa pembaziran. Kita juga harus ingat, walaupun pembangunan modal insan adalah penting, tapi lebih mustahak lagi ialah memastikan mereka yang telah dilatih terus menetap dan menyumbangkan kemahiran yang mereka perolehi untuk pembangunan negara kita.

Di samping itu, kerajaan juga mengumumkan bahawa penggajian pekerja asing yang baru dibekukan dan menyeru agar majikan memberhentikan pekerja asing terlebih dahulu sebelum memberhentikan pekerja tempatan. Persoalannya ialah, memandang kebanyakan pekerja tempatan dibayar gaji yang lebih tinggi dari pekerja asing, maka tentu sekali majikan akan memberhentikan pekerja tempatan dahulu demi menjimatkan kos operasi.

Justeru itu, Kementerian Sumber Manusia perlulah memberitahu rakyat langkah-langkah pemantauan dan pendekatan yang digunakan supaya rakyat yakin matlamat kerajaan untuk menjamin peluang pekerja kepada pekerja tempatan dan mengurangkan penggantungan pekerja asing dapat dicapai. Langkah seperti memberi double tax deduction kepada syarikat yang mengupah pekerja tempatan yang telah diberhentikan kerja tentu akan mengalakkan syarikat untuk mengupah perkerja tempatan.

Selain itu, saya berpendapat bahawa RM2 billion yang diumumkan untuk membantu syarikat-syarikat SME adalah tidak mencukupi. Seperti yang ditegaskan oleh Ahli-ahli berhormat lain, SME memberi banyak sumbangan kepada negara kita. 99% dari syarikat tempatan yang beroperasi menjalankan perniagaan terdiri daripada syarikat SME. SME menyumbangkan sebanyak 32% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara kita serta menyediakan peluang pekerjaan kepada 56% kepada guna tenaga di Malaysia. Oleh itu, untuk mengurangkan kadar pengangguran dan untuk membantu SME dengan lebih efektif, maka saya mencadangkan dana yang lebih besar patut di beri kepada SME. Tanpa bantuan kewangan, SME mungkin gulung tikar dan menyebabkan kadar pengangguran yang lebih tinggi.

Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dijangka akan membentangkan bajet mini pada 10 Mac 2009 akan datang. Walaupun saya tidak mengetahui jumlah peruntukan yang akan diumumkan untuk pakej rangsangan kali ini, namun saya ingin memberikan beberapa cadangan untuk dimasukkan ke dalam bajet-mini ini ;

Pertamanya, kerajaan mesti bersikap telus dengan memberi penjelasan bagaimana jumlah yang diumumkan dapat merangsang ekonomi. Maklumat terperinci mengenai program dan projek serta kayu pengukuran perlu digariskan untuk memberi rakyat gambaran yang jelas mengenai hasil yang akan dicapai daripada pelaksanaan Bajet Mini ini.

Projek yang diumumkan juga perlulah mencapai matlamat meningkatkan daya saing serta produktiviti rakyat, industri dan negara kita. Projek mega yang menyediakan peluang kejayaan yang nipis tidak patut diberi pertimbangan. Sebaliknya projek yang memberi impak serta-merta kepada pertumbuhan ekonomi perlu dilaksanakan.

Oleh itu, saya cadangkan supaya buat masa ini, kerajaan menangguhkan dahulu pelaburan dalam koridor-koridor ekonomi yang memerlukan banyak pelaburan infrastruktur dan mengambil jangka masa yang panjang untuk membawa pulangan ekonomi.

Selain itu pada hari kita mendapat berita bahawa tol di negara kita akan dinaikkan. Di sini saya ingin memberi cadangan kepada kerajaan agar PLUS diambil alih. Ini akan menunjuk keprihatian kerajaan Barisan Nasional terhadap rakyat dan mengelak rakyat dari berdepan dengan kenaikan tol setiap tiga tahun.

Saya tidak ingin berulas panjang mengenai cadangan ini dan maklumat terperinci akan saya masukkan dalam column malaysianinsider dan malaysiakini.

Secara ringkas, hanya 25% saham PLUS yang terdapat di open market. Dengan tawaran harga di antara RM3.50 hingga RM4.00, maka kerajaan hanya perlu membelanjakan sebanyak RM4.55billion atau RM5.2billion.

Tambahan pula kita perlu ingat kerajaan masih hutang PLUS sebanyak RM1.7billion mengikut keputusan untung rugi pada 30 September 2008. Dengan mengambil alih PLUS, jika kerajaan membayar habis hutang RM1.7billion, amoun ini boleh di bayar balik dan sebagai pemegang saham kerajaan akan mendapat RM1.53 billion dan EPF juga akan mendapat RM170 million.

Dari segi viability business, saya juga telah mengkaji dan mendapati bahawa PLUS tetap untung antara RM400 juta hingga RM600 juta walaupun segala gantirugi dari kerajaan tidak diambil kira. Oleh itu saya harap PLUS diambil alih tahun ini memandang harga saham yang rendah dan keperluan untuk menaikkan tol pada tahun ini jika mengikut kontrak.

Walaupun Kita mengalu-alukan langkah Kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan yang lebih besar, tapi kita harus sedar bahawa ini akan menyebabkan negara kita mencatat defisit yang lebih tinggi. Ini kerana negara kita tidak seperti Amerika Syarikat yang boleh membiayai defisit mereka dengan mencetak lebih banyak wang disebabkan permintaan mata wang dolar dalam perdagangan antarabangsa.

Dari segi pendapatan kita mungkin secara konservatif penurunan harga komoditi akan mengurangkan sumber pendapatan kita sekurang-kurangnya RM36 billion pada tahun 2009. Oleh itu kerajaan perlulah mengadakan banyak langkah atau lebih langkah untuk memastikan perbelanjaan setiap kementerian, jabatan, agensi dapat dikurangkan. Selain itu semua pelaburan yang tidak mendatangkan pulangan yang positif patut dihentikan.

Malah di kawasan saya terdapat dua projek di mana peruntukkan tidak sampai-sampai walaupun telah diluluskan beberapa tahun dahulu. Murid-murid SJK(C) Labis dan SJK(C) Sungai Karas sedang menunggu peruntukkan yang dijanjikan untuk menyelesaikan masalah anai-anai yang mengancam keselamatan mereka. Jangan hampakan orang di kawasan Labis
.

Di samping itu, sudah tiba masanya bagi Kerajaan memastikan supaya pelaburan-pelaburan di syarikat dipantau, diawasi supaya membawa pulangan yang diharapkan dan tidak membawa kerugian. Contohnya ialah seperti pelaburan di syarikat Pempena oleh Kementerian Pelancongan atau pelaburan di Amerika Syarikat Columbia Aircraft Manufacturing Coporation di mana sebanyak RM537 juta telah hangus dibelanja oleh pengurus yang boros. Hanya RM25 juta dapat diselamatkan. Projek privatisation air di Sabah yang menyebabkan kerajaan negeri dibebankan dengan hutang sebanyak RM888 million.

Bagi mengelakkan kerugian yang berterusan dan kesilapan yang sama diulangi, maka adalah perlu kerajaan menekankan budaya akauntabiliti di kalangan pihak pengurusan atasan syarikat-syarikat pelaburan Kerajaan. Dengan ini barulah kerajaan boleh mengelakkan pembaziran wang pelaburan bernilai berjuta-juta yang dilaporkan berlaku setiap tahun.

Saya harap cadangan-cadangan yang dikemukakan di Dewan Yang Mulia ini akan dapat diambil kira dan dikaji dengan lebih teliti oleh pihak Kerajaan. Dengan itu saya mohon menyokong, Sekian, terima kasih.
#########
感谢议长让我有机会参与感谢国家元首施政御词。许多议员已提到大马人民必须面对的经济挑战,不过与此同时,我国将在4月进行三场补选。

虽然补选的胜利很重要,不过政府应该更关注如何减少经济放缓的冲击。如果政府可以妥善处理经济课题,我相信人民将恢复对国阵的信心。因此,国阵必须将经济问题列为当务之急。

我们感谢政府振兴经济的努力,不过,人民仍需要70亿令吉刺激经济配套的详情。许多人民投诉,他们并没有感受到这项配套的效果。

我认为,这可能是因为在刺激经济配套中,大部分措施都以加强基本建设及建筑为基础,需要一段时间来进行招标、委任承包商、购地等工作,因此拨款需要一段时间才能有效应。

此外,人民还不知道上述刺激经济配套中的10亿令吉人力资源发展拨款将如何运用。政府应该好好策划即将进行的人力资本发展计划,确保不会浪费公帑。虽然人力资源发展是重要的一环,不过,政府必须同时确保接受人力资源训练的国人继续留在我国为国贡献。

此外,政府也宣布冻结聘请新外劳,并呼吁要裁员的雇主先解雇外劳。基于许多本地员工的薪金要求比外劳高,因此雇主通常先解雇本地员工以节省开支。

因此,人力资源部必须公布相关监督或鼓励措施,让人民相信政府能达致保护本地员工,减少依赖外劳的目标。如果政府为聘请本地员工的公司提供双重扣税,我相信这项措施可鼓励公司聘请本地员工。

另一方面,为了协助中小企业,国家银行宣布设立20亿令吉的中小企业援助担保计划,协助有生存力但深受经济放缓影响的中小企业继续获得融资,不过这并不足够。2007年,全国有13万2000家中小企业共获得632亿令吉融资。然而,基于中小企业援助担保计划的最高融资额为50万令吉,因此根据推算大约只有4000间中小企业能获得这项融资。

99%的大马公司是中小企业,他们对经济的贡献占国民生产总值32%,聘请的员工占全国雇员总数56%,全国19%的出口量也是中小企业的贡献。因此,为了减少失业率及更有效地协助中小企业,因为我认为,政府应该以更大笔资金协助他们。如果没有资金援助,中小企业可能被迫结束营业,导致失业率攀升。

为了进一步刺激经济,副首相兼财政部长拿督斯里纳吉将在本届国会提呈第二套刺激经济配套,或称迷你预算案。虽然我们仍不知道详情,不过我想针对这项配套提出数项建议:

第一个建议,政府必须保持透明度,解释第二套刺激经济配套如何能振兴经济。政府应该公布相关计划及工程的详情,让人们更了解这项配套的目标。

政府的工程也必须达到提高人民、工业及国家竞争力及生产力的目标,政府也不应该考虑成功机率低的工程,反之,政府应该实行可以马上获得成效的工程。

鉴于经济发展走廊需要大量的基本设施投资,以及需要长时间才能获得回酬,因此我建议政府在现阶段暂时搁置经济发展走廊的投资。

此外,我也要建议政府购回南北大道。这个做法将显示国阵政府关心人民,避免人民面对每3年就要调高过路费的问题。

我会在《马来西亚局内人》和《当今大马》网站的专栏中,详细说明为何我提出这项建议。

简单地说,目前只有25%的南北大道公司股票在市场上流动,如果献议3令吉50仙至4令吉的价格,政府只需付45亿5千万令吉或52亿令吉来购回市场上的股票。

何况,根据2008年9月30日的盈亏报告,政府目前仍欠南北大道公司17亿令吉;目前,政府和雇员公积金局分别持有南北大道公司43.3%及10%股权,如果政府收购南北大道公司,将17亿令吉债务还清,政府将是最大的股东(90%),而这17亿令吉也可以以归还的方式还给股东们,这意味着身为大股东的政府,可获得15亿3千万令吉,而雇员公积金局可获得1亿7千万令吉。

从商业角度来看,我发现即使将政府的赔偿计算在内,南北大道公司仍能赚取4亿令吉至6亿令吉。因此我希望政府趁目前股价低时,在今年收购南北大道公司,以免过路费需根据合约每3年调涨一次。

虽然我们期望政府推行规模更大的刺激经济配套,不过这种做法将扩大我国的赤字。我国和美国的不同点在于美国可以根据国际贸易对美金的需求,印制更多美钞来解决赤字问题。

至于国家收入,由于原产品价格,根据保守估计,我国2009年会失去至少360亿令吉的收入,因此政府必须确保部门及机构减少开支,并停止进行没有收益的投资。

在拉美士,政府虽然在数年前批准拉美士华小和双溪加叻华小的拨款,不过迄今仍没有下文。这两所学校还在等待拨款来解决校舍受白蚁侵蚀的问题。

政府必须监督中央或州政府的投资,确保获得投资回酬。举个例子,隶属旅游部的马来西亚旅游发展机构(Pempena)因投资而面对亏损的问题不应该再发生。不过,根据总审计司署的报告,一些政府及州机构已面对数以百万令吉计的亏损。举个例子,中央政府在美国哥伦比亚飞机制造公司(Amerika Syarikat Columbia Aircraft Manufacturing Coporation)投资5亿3704万令吉,不过却被公司经理挥霍,最后只能取回2500万令吉;另外,沙巴州政府水供私营化计划的失败也导致该州政府负债8亿8800万令吉。

为了避免重蹈覆辙,政府必须在政府投资公司实践问责制度,避免错误及浪费投资。

谢谢。

1 comment:

  1. Hi, YB Chua, I m kee chung.

    i juz found ur blog over here only.

    looking forward to ur PLUS proposal can succeed!

    keep it up!

    ReplyDelete