Friday, December 11, 2009

国会答复:政府对拉美士国会选区原住民的援助

蔡智勇[拉美士区国会议员]询问乡村及区域发展部,政府进行的原住民协助计划已为拉美士区的原住民带来什么协助。

答复:

政府在第九大马计划下通过乡村及区域发展部,拨出3亿7千730万令吉给隶属该部门的原住民事务局。这笔拨款是用于进行各种活动或发展计划,以提高原住民的收入和生活素质。

目前,当局共拨出40万3千824令吉用作拉美士国会选区的原住民发展计划,包括房屋援助计划、修复基本设施和改变思想及态度活动。

此外,部门通过原住民事务局,在Kampung Juasseh的65.15公顷土地和Kampung Segamat Kecil 的48.56公顷土地,进行橡胶业小园主发展局(RISDA)的油棕种植,共有55人参与。

该局也与柔佛教育基金(Yayasan Pelajaran Johor Plantation)合作,进行一项名为“重新收集计划”的土地发展计划,这项占地1千505亩的油棕种植计划涵盖拉美士国会选区的5个原住民村,受惠者达188人。


Tuan Chua Tee Yong [Labis] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan sejauh mana dasar dan program kerajaan untuk memajukan Orang Asli telah membawa manfaat kepada Orang Asli di kawasan Parlimen Labis.

Jawapan:

Seperti mana Yang Berhormat sedia maklum bahawa Kerajaan telah memperuntukkan bajet pembangunan sejumlah RM377.3 juta di dalam RMK9 kepada Jabatan hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Peruntukan tersebut bertujuan untuk pelaksanaan pelbagai program/ aktiviti pembangunan ke arah meningkatkan pendapatan, kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

Menerusi peruntukan RMK9 tersebut sehingga kini sejumlah RM403,824.00 telah diagihkan untuk projek dan program pembangunan masyarakat Orang Asli bagi Parlimen Labis. Menerusi peruntukan tersebut, pelbagai manfaat diterima merangkumi pembinaan rumah menerusi Program Bantuan Rumah (PBR), membaik pulih kemudahan prasarana dan pelaksanaan program-program pembangunan minda dan sikap.

Selain daripada itu, Kementerian menerusi JHEOA juga telah membangunkan kawasan seluas 65.15 hektar di Kampung Juasseh dan 48.56 hektar di Kampung Segamat Kecil dengan tanaman kelapa sawit yang dilaksanakan oleh RISDA melibatkan 55 peserta. JHEOA juga telah melaksanakan projek pembangunan tanah secara bersepadu menerusi Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Plantation merangkumi lima buah perkampungan Orang Asli di kawasan Parlimen Labis, dengan tanaman kelapa sawit di kawasan seluas 1,505 ekar yang memberi manfaat kepada 188 peserta.

No comments:

Post a Comment