Wednesday, November 4, 2009

参与2010年财政预算案辩论 Perbahasan Bajet 2010 saya di Dewan Rakyat

因为世界经济放缓,我国出口量减少,国家收入也减少,国民生产总值呈负成长,因此2010年财政预算案可说是在经济情况不是太乐观的情况下制定的。

首相这次宣布的是一个亲民的预算案,例如个人所得税扣额从8千令吉增至9千令吉,个人所得税从27%减至26%等。此外,政府也宣布多项让我国迈向高收入国家的措施。

2010年财政预算案推出许多提高人民生活的措施。我建议政府应该全面检讨和实施最低薪金制度,以更有效地提高人民的生活水平。

推行最低薪金制度的话,我国失业率将减低,同时可以吸引更多年轻人留在国内工作,减少国家对外劳的依赖。

不过,一些组织例如全国雇主联合会认为,最低薪金制将提高在我国投资的商业成本,国家竞争力随之降低,最后导致外资却步,不过我认为,如果最低薪金制根据不同的领域来制定,就不会出现这种现象。

作为起步,我国可以根据领域或工作性质来制定最低薪金,当局可以根据社会和经济因素来考量,例如生活成本、地理位置等因素。同时,政府可以通过法律,或与职工会、雇员代表或代表公司的第三方、雇员或非政府组织的合约来执行这项政策。

因为最低薪金制会提高成本,所以可以改变国家经济模式。商业成本提高可以让出口商或雇主进行更多革新、改变或生产力和效率方面的投资,以平衡生产成本。雇主也会更愿意在科技投资,以及为员工提供训练。合理的最低薪金肯定会为雇员带来好处,并从中提高生产力。此外,更多本地人留在本地工作也可以减少依赖外劳。

经过训练和拥有科技方面的知识后,雇员的态度也会改变,这就可以提高生产力、素质和雇员的技能,从中吸引外资来马。

另一方面,最低薪金制也可以衍生出每小时最低薪金的制度,每小时最低薪金可以让更多人进行兼职或拥有弹性的工作时间,如此一来,国人可以更容易找到工作,进而为经济贡献,特别是年轻人和女性。所以,那些接受过良好教育或训练,最后却因为照顾家庭而放弃工作的女性就有机会根据情况和适合的时间,重新回到职场,这可以让她们更自由,国家也可以减少依赖外劳。

执行最低薪金制的话,雇员的财务状况会更有保障,他们就可以进行每个月财务预算。减少依赖外劳,增加本地员工的影响其实很大。试想像,如果目前3百万外劳都被本地雇员取代,失业率会降低;外汇流失也会减少,我国2008年共有180亿令吉外汇就是这样流失的。而且,本地雇员会在国内消费,刺激本地经济。

因此,现在是政府成立最低薪金制委员会的时候了。政府应该与私人界合作,确保雇员的薪金符合经济情况。最低薪金制将协助人民,刺激经济,从依赖低成本工业转为高经济发展模式。

此外,政府在预算案中宣布提供日常用品和汽油补贴,以及重新调整补贴制度,以帮助到真正需要帮助的人。我希望随着补贴机制重组,政府可以减少开支,省下来的款项可以用在其他领域,例如交通方面。新的汽油补贴机制可以让大马卡的用途更广泛。

最近,为了帮助低收入群,农业及农基工业部将在今年杪实行白米固本制度。根据了解,农业部会根据e-kasih名单来发固本,多达20万户家庭将可以持固本购买ST15 白米。

白米固本制度是政府取代发补贴给白米厂商和批发商的制度而推行的,政府每月需要给厂商的补贴是6千万令吉,或一年7亿2千万令吉。虽然政府发出补贴,可是还是有人投诉买不到ST15白米,享受不到政府补贴。白米固本可以减少白米补贴被滥用。

可是,当局在确定受惠者时,除了使用e-kasih名单,政府应该纳入“寻找计划”受惠者或其他低收入者。妇女、家庭及社会发展部、农业部和其他相关单位应该合作制定更完整的名单,确保不会遗漏需要帮助的人士。

问题是,协助贫穷线下的人民并不足够。目前有498万户家庭月入少过1千令吉,他们也应该获得补贴。

在白米供应方面,政府必须确保供应商和杂货商的货源充足,以免发生“有固本没有白米”的情况。我也希望政府确保杂货商在收到固本后可以尽快获得款项,以免最后杂货商因为迟迟收不到款项而拒绝售卖ST15白米。

白米固本不应该容易仿冒,如果固本遗失了,当局将如何补偿?政府需要确保有效的发放机制,如果寄失的话,受惠者不但会心急如焚,同时也会面对种种问题。当局应该执行一些安全措施,避免滥用或不法集团用于敛财。当局也应该有监督系统,确保受惠者都可以拿到固本,重要的是把需要帮助的人都纳入名单,所有的程序都应该简单快速,不要繁文缛节。

如果白米固本制度有效,政府应该扩大到其它日常用品,譬如白糖、食油、面粉等,确保政府的补贴让需要的一群受惠。

至于汽油和柴油补贴重组工作,政府一直都致力将汽油维持在最低价格,显示政府一直以民为本。重要的是,我们不应该一直要求政府用国油的盈利来当作补贴,因为国油是我国重要的收入来源,以盈利当补贴会影响到我国经济。

政府在刺激经济配套下宣布会增加人民亲善房屋(Rumah Mesra Rakyat)。这项计划是好的,不过我希望当局可以改善传递系统,因为连领取表格也太难了!我目前才拿到5份表格,再次申请更多表格后已经等了好几个月,都没有下文。

我国的预算案是赤字预算案,2010年的赤字预料是5.4%。减低赤字的其中一个方法是提高人民收入或减少开支。虽然预料2010年国家收入会降低高达8.4%,不过政府的目标是减少13.7%的开支。我希望政府达到减少开支的目标以控制赤字。最近,政府成立一个特别委员会来确保传递系统能更有效,避免重复发生总稽查司报告中的问题。

总稽查司报告可以被视为是整顿传递系统的工作,这显示政府保持透明化,没有隐藏错误。

政府在这项预算案下声明,销售税的研究工作正进入尾声。实行销售税可以提高国家收入,要知道石油收入是不可能永久维持下去的,而且惠誉国际评级(Fitch rating)在数月前已降低令吉的评级。

销售税不应该加重低收入群的负担。销售税是根据消费来收取的税,这意味着我们只有在买东西或使用服务时才需要给销售税。政府必须确保销售税的制度是公平的,即符合“能者多付”原则。

目前销售税有许多不同执行方法,譬如加拿大和新加坡的销售税扣除额可以让低收入群换取现金,在澳洲许多生活必需品没有征收销售税,譬如未经过切开处理的鸡、面包、未切开的水果等。或许,政府不应该对价格低于5万令吉以下的汽车和25万令吉以下的房屋征收销售税。销售税制度复杂,不应该仓促进行。政府应该规定供应商在购买被抽取销售税货品后可以获得扣除额,避免双重销售税,同时也应该规定涉及销售税的商业必须注册,以监督销售税的实施和扣除额。

如此一来,销售税将涵盖“影子经济”(shadow economy),因为所有商业将在销售税下注册,以申领扣除额。所有,如果销售税制度有系统进行,税率也不会太高的话,就可以增加国家收入,稳定国家经济。

2010年财政预算案是第九大马计划最后一个预算案,不过对奠定新经济模式的基础,和作为第十大马计划的开始来说,这是一个重要的预算案。我国在1970年至1987年,我国的人均收入每年以8.9% 成长,从1千零70令吉成长至4千537令吉,而1987年至2008年间,人均收入每年提高8.9%, 从4千537令吉增至2万5千784令吉。

如果我们要在2020年达到先进国的目标,我国的经济成长率在未来10年必须达到至少8%。

如果经济成长率在未来10年达不到至少8%,将拖慢我国达到先进国目标的脚步。要达到先进国目标,我国必须迈向高收入国家。根据世界银行最新的指标,高收入经济的定义里,国民个人总收入(Gross National Income, GNI)要达到1万2千美元(大概4万2千240令吉)才是高收入国家,到2020年,这个标准会提高到1万7千美元(大概5万9千840令吉)。

不过,我国目前的国民总收入只有7千美元(大概2万4千640令吉),在世界排名第85,算是中等收入之上的国家,可是还有一段距离才成为高收入国家。

因为受到世界经济放缓的影响,我国今年的经济成长率预料是负3%,2010年的经济成长率也不会很高, 这会导致我国人均收入从2万5千784令吉降低至2万4千零55令吉。同时期,我国人民购买力会从1万5千美元降至1万2千826美元。

目前我们正面对严峻的经济发展挑战,需要重新检讨现有经济模式,以制定新经济模式。我们不能太依赖出口工业或出口原产品来提高人均收入。而且,在我国营运的公司太依赖外劳和缺乏训练的员工,特别是制造业和服务业。私人界对革新工作、科技和新生产技术的投资感到负担,这种现象是我国迈向高收入国家的阻力。

我们需要研究一个适合的经济成长方式来解决上述困境,以增加人均收入,并增加高收入经济领域。我们必须注意新经济成长理论,譬如开放、竞争、改变和革新,因为世界越来越开放。

首相已经推出多项重要政策,显示首相正带领我国迈向先进国。“一个马来西亚”的口号“人民优先,绩效至上”、放宽27个服务次领域和金融领域条件、六大关键领域和关键绩效指标、废除外资委员会和设立国家股份公司(EKUINAS),显示政府严正看待经济挑战。


Terima kasih kepada YBhg Tan Sri kerana memberi saya peluang untuk turut membahas dalam belanjawan 2010. Kita tahu bahawa badget ini diumumkan di dalam keadaan yang tidak begitu positive disebabkan kemelesetan ekonomi dunia yang menyebabkan eksport kita menurun, pendapatan Negara menurun dan KDNK juga negative.

Memandangkan ia merupakan masa mencabar, kerajaan memang prihatian dan YAB PM patut diberi pujian kerana dapat menyampaikan badget yang boleh dikatakan mesra rakyat. Malah pelepasan cukai dinaikkan dariada RM8,000 kepada RM9,000 dan kadar cukai persendirian dikurangkan 1 mata peratusan daripada 27% kepada 26% dan pelbagai insentif dan peruntukkan diberi untuk memacu Negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Saya hanya mempunyai beberapa pekara yang saya ingin bangkitkan.

Bajet ini mempunyai pelbagai usaha untuk tujuan meningkatkan kesejahterakan rakyat. Saya ingin bercadang untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat secara lebih efektif kerajaan harus mengkaji secara menyeluruh untuk mengimplementasi gaji minima.

Dengan perlaksanaan tangga gaji yang minimum, Malaysia dapat mengurangkan pengangguran dan akan menarik minat golongan-golongan muda untuk menyumbang tenaga kepada Negara dan seterusnya tindakan ini juga dapat mengurangkan pergantungan ke atas tenaga pekerja asing.

Akan tetapi terdapat mereka yang berpendapat seperti Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF), bahawa dasar gaji minima akan menjadikan Malaysia sebuah Negara yang memerlukan kos yang tinggi untuk menjalankan perniagan dan dengan itu, kurang kompetitif mengakibatkan jumlah pelabur asing yang ingin membuat pelaburan di Malaysia akan berkurangan. Tetapi ini hanya akan berlaku sekiranya gaji minimum diperkenalkan tanpa mengira industry dan pada kadar yang sama.

Pada peringkat permulaan, Malaysia boleh mengambil satu dasar gaji minimum berdasarkan keadaan sektor atau jenis pekerjaan. Faktor yang boleh diambil untuk pertimbangan dalam menentukan gaji minimum termasuk sosial dan ekonomi seperti kos sara hidup, lokasi geografi dan tinjauan ekonomi sektor. Sementara itu, mod pelaksanaan itu boleh ditentukan oleh Kerajaan sama ada melalui perundangan, perjanjian kontrak bersama Ahli Kesatuan Kerja union/wakil pekerja atau perjanjian pihak ketiga yang mewakili perniagaan, pekerja dan badan-badan Kerajaan.

Dengan melaksanakan satu dasar gaji minimum ia akan menjana satu perubahan dalam model ekonomi kerana kesan dalam peningkatan kos. Peningkatan dalam kos perniagaan akan menyebabkan pengeluar-pengeluar atau majikan-majikan cuba menyesuaikan, menginovasi, mengubah prosedur-prosedur atau melabur dalam meningkatkan produktiviti dan kecekapan bagi mengimbangi kos operasi yang semakin meningkat. Majikan-majikan juga sanggup melabur dalam teknologi dan menyediakan latihan untuk memperoleh lebih nilai daripada pekerja-pekerja mereka. Gaji minimum yang munasabah pasti akan memberi satu impak yang positif kepada pekerja-pekerja agar mereka akan berusaha lebih gigih terhadap pekerjaan seterusnya meningkatkan tahap produktiviti. Dengan penglibatan lebih banyak orang tempatan ia juga dapat mengurangkan sikap kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Perubahan sikap pekerja-pekerja bersama dengan latihan dan pelaburan teknologi, akan membantu meningkat produktiviti, quality output dan kemahiran pekerja. Peningkatan mutu pekerja serta kemahiran tentu akan menarik pelabur asing untuk melabur di negara kita.

Dasar gaji minimum juga akan membolehkan satu anggaran gaji minimum mengikut jam ditubuhkan. Dengan mengadakan upah yang minimum mengikut jam juga, konsep kerja separuh masa atau waktu kerja flexible boleh dilaksanakan. Konsep kerja sambilan juga harus digalakkan supaya lebih ramai rakyat Malaysia mempunyai pekerjaan dan selain itu, dapat menyumbang kepada ekonomi terutama kepada golongan belia dan wanita. Seperkara lagi, ramai wanita yang terlatih yang pernah meninggalkan kerjaya mereka dahulu demi menjaga keluarga-keluarga/rumahtangga mendapat galakkan dan peluang untuk bekerja semula mengikut keadaan dan waktu kerja yang bersesuaian. Ini akan membuatkan mereka lebih bebas dan negara juga akan kurang bergantung kepada tenaga kerja asing.

Hasil dari perlaksanaan dasar upah minimum, pekerja-pekerja adalah lebih yakin dan mempunyai jaminan mengenai amaun pulang gaji, maka mereka bolehlah membuat bajet untuk belanjawan setiap bulan. Pengurangan tenaga pekerja asing dengan peningkatan pekerja-pekerja tempatan memberi satu kesan yang besar. Bayangkan sekiranya 3 juta tenaga pekerja asing digantikan dengan pekerja-pekerja tempatan, ini akan mengurangkan pengangguran dan menurunkan kadar remittance ke luar negara yang kian meningkat sehingga mencapai RM18billion pada tahun 2008. Pekerja-pekerja tempatan akan membelanjakan pendapatan mereka di sini dan ini akan merangsankan ekonomi tempatan.

Oleh yang demikian, masanya telah tiba untuk Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa dasar gaji minimum dengan wakil-wakil daripada pihak kerajaan dan sektor-sektor swasta dengan tujuan memastikan gaji pekerja-pekerja reflektif mengikut ekonomi semasa. Kewujudan satu dasar upah minimum akan banyak membantu rakyat, menjana muhibah, merangsang ekonomi dan membantu Malaysia dalam menggerakkan daripada satu industri asas kos yang rendah kepada model ekonomi tinggi.

Di samping itu, di badget ini kerajaan telah mengumukan langkah untuk terus memberi subsidi untuk barang keperluan asas dan juga petrol dan menstruktur semula subsidi agar ia lebih adil dan dapat menolong golongan yang dituju. Ini adalah langkah yang baik dan saya berharap dengan pengstrukturan subsidi, perbelanjaan kerajaan dapat dikurangkan agar wang yang dijimatkan dapat disalurkan kepada sektor yang memerlukan bantuan seperti sector pengangkutan. Cara menjalankan sistem pengedaran subsidi akan melihat kegunaan mykad dengan lebih intensif. Baru-baru in Untuk memanfaatkan golongan berpendapatan rendah, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melaksanakan sistem kupon Beras pada hujung tahun ini. Saya difahamkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan menggunakan senarai penerima e-kasih sebagai penerima kuopon beras dan sebanyak 200 ribu keluarga akan menerima kupon beras untuk mendapatkan beras ST15.

Sebagaimana yang kita tahu, pemberian kupon ini adalah untuk menggantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang membelanjakan RM60 juta sebulan atau RM720 juta setahun. Walaupun begitu banyak subsidi diberi, golongan yang dituju masih tidak mendapat subsidi beras. Sistem koupon beras mungkin adalah cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan masalah penyalahgunaan atau pembaziran subsidi beras.

Tetapi, dalam penentuan penerima koupon beras atau sebarang subsidi, selain dari mengikut system e-kasih, kerajaan patut merangkumi mereka yang telah diluluskan melalui program cari atau sebarang program yang mengesahkan mereka adalah berpendatan rendah perlu diberi pertolongan yang sewajarnya. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Kementerian Pertanian dan juga jabatan-jabatan negara patut bekerjasama supaya senarai yang lebih lengkap dan jangan ada yang tercicir atau tertinggal.

Masalahnya menolong mereka yang dibawah garis panduan kemiskinan sahaja adalah tidak mencukupi. Sebanyak 498,0000 keluarga mempunyai pendapatan kurang daripada RM1 ribu sebulan dan mereka juga wajar diberi subsidi kerana pada masa ini RM1,000 adalah sukar untuk mereka menampung sebuah keluarga yang mempunyai anak 2 atau 3 jika subsidi tidak diberi.

Dari segi pembekalan kerajaan perlu memastikan pembekalan beras adalah mencukupi kepada pengedar dan kedai runcit di selurush pelusuk Negara untuk mengelakkan kemungkinan timbul masalah “ada kuopon tapi tiada beras. Saya juga berharap kerajaan akan memastikan peruncit yang menerima kuopon beras boleh mendapat bayaran secepat mungkin untuk mengelakan masalah tunggu-menunggu dan akhirnya menyebabkan peruncit tidak menerima koupon apabila menjual beras ST15.

Koupon-koupun ini juga harus tidak senang ditiru dan kalau hilang apa mekanisme untuk mendapat balik koupun beras. Kerajaan perlu memastikan sistem penyampaian yang efisyen dan jika melalui pos dan hilang bagaimanakah penerima tahu kerana mereka akan menunggu dan ini akan meyebabkan pelbagai kesukaran. Lebih banyak safety feature perlu ada pada koupun untuk mengelak penyelewangan atau sindiket dari menyalahgunakan koupun untuk mangaut keuntungan. Sistem untuk memantau agar penerima betul-betul menerima koupun ini juga penting dan jika yang tertinggal bagaimanakah mereka dapat dimasukkan kedalam senarai untuk mendapat bantuan. Semua process ini harus ringkas, cepat dan tidak dibelungui karenah birokrasi.

Jika sistem kupon beras adalah berkesan, kerajaan harus melaksanakan sistem ini ke atas barangan keperluan harian lain seperti gula, minyak masak, tepung dan lain-lain untuk memastikan subsidi kerajaan memanfaatkan golongan yang memerlukan bantuan.

Untuk pengstrukturan minyak petrol dan diesel yang akan dilancarkan, ia menunjuk bahawa kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat kerana selama ini harga minyak pam dikekalkan serendah boleh untuk mengurangkan kos kehidupan rakyat. Adalah penting bahawa kita tidak seharusnya sentiasa mengharapkan kerajaan mengguna kebanyakkan keuntungan petronas hanya untuk subsidi kerana ini tentu akan menjejaskan masa depan Petronas yang merupakan penjana pendapatan negara yang penting.

Kerajaan di dalam pakej rangsangan ekonomi telah mengumumkan tujuan untuk meningkatkan bilangan rumah mesra rakyat. Meningkatkan pemilikan rumah dengan membantu dalam pembinaan rumah merupakan satu program yang disambut baik dan prihatian. Akan tetapi dari system penyampaian saya berharap ia dapat diperbaiki kerana untuk mendapat borang permohonan juga menjadi satu pekara yang rumit. Sudah berbulan-bulan saya menunggu borang tapi sehingga sekarang hanya mendapat borang sebanyak 5 keping sahaja.

Kita tahu bahawa negara kita dalam bajet deficit dan untuk tahun 2010 defisit yang dianggarkan adalah 5.4%. Salah satu cara untuk mengurang deficit adalah meningkat pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan. Walaupun pendapatan kerajaan dianggar turun sebanyak 8.4% untuk tahun 2010, sasaran untuk mengurangkan perbelanjaan adalah sebanyak 13.7%. Saya berharap pengurangan perbelanjaan dapat dicapai agar deficit kita terkawal. Baru-baru ini kerajaan juga telah menubuhkan jawatankuasa petugas khas untuk memastikan sistem penyampaian lebih berkesan pada masa depan dan untuk mengelak masalah yang tertara di Laporan Audit Negara tidak berulang lagi.

Laporan Audit Negara harus dilihat secara positif sebagai usaha untuk mengemas kini sistem penyampaian dan laporan ini juga jelas menunjukkan kerajaan adalah telus dan tidak menyembunyi sebarang kesalahan.

Di bajet ini kerajaan juga telah mengumumkan bahawa mereka dalam peringkat akhir kajian perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Perlaksanaan GST adalah perlu untuk meningkat pendapatan negara dan memandang bahawa sumber pendapatan negara dari minyak tidak mungkin berterusan selama-lamanya. Selain into baru beberapa bulan dahulu Fitch ratings telah menurun rating mata wang ringgit.

Jika GST dilancarkan ia tidak harus membebankan golongan berpendapatan rendah. GST sebenarnya adalah cukai yang berasakan consumption. Ini bermakna kita hanya perlu bayar cukai setiap kali kita membeli barang atau perkhidmatan. Maka apa yang penting apabila GST dilancarkan adalah kerajaan perlu memastikan GST yang diperkenalkan adalah ‘equitable’ dimana kebanyakkan cukai akan ditanggung oleh mereka yang mampu sahaja.

Terdapat pelbagai system GSTseperti di Canada dan Singapore GST kredit yang boleh ditukar kepada wang diberi kepada golongan berpendapatan yang rendah, di Australia terdapat kebanyakkan barang keperluan asas tidak dikenakan GST jika ia tidak diproses seperti ayam yang belum dipotong, roti, buah-buahan yang tidak dipotong dan sebagainya. Mungkin nilai barang seperti kereta dibawah RM50,000 tidak dikenakan GST atau rumah murah di bawah RM250,000. Sistem GST adalah complex dan tidak harus diperkenalkan dan dilaksanakan dengan terburu-buru. Perlu terdapat system untuk membolehkan pembekal mendapat kredit untuk barang yang dibayar GST agar GST tidak melipat ganda setiap kali terdapat transksasi dan juga pendaftaran perniagaan GST untuk memantau GST yang dibayar serta kredit yang dituntut.

Dengan ini, GST dapat merangkumi dengan lebih lengkap ‘ekonomi bayang’ atau shadow economy kerana setiap perniagaan akan berdaftar di bawah GST supaya dapat menuntut balik kredit untuk GST yang dibayar semasa membeli barang. Oleh itu, jika GST dilaksanakan dengan sistematik dan kadarnya adalah tidak terlalu tinggi maka ia akan meningkatkan hasil kutipan kerajaan dan memperkukuhkan keadaan kewangan negara.

Bajet 2010 merupakan bajet terakhir untuk rancangan Malaysia kesembilan, tetapi ianya amat penting sebagai asas pembentukan model ekonomi baru dan sebagai permulaan kepada Rancangan Malaysia ke-10. Kalau kita imbas kembali dari segi pendapatan kasar negara perkapita dari tahun 1970 dan 1987, pendapatan kasar negara per kapita tumbuh pesat pada 8.9% setiap tahun daripada RM1,070 kepada RM4,537 manakala sepanjang tempoh di antara 1987 dan 2008, pendapatan negara kasar per kapita meningkat 8.6% setiap tahun daripada RM4,537 kepada RM25,784.

Jika kita ingin menjadi negara maju menjelang 2020, pertumbuhan ekonomi Malaysia mesti mencapai kadar pertumbuhan tahunan sekurangnya-kurangnya 8 peratus dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.

Pertumbuhan yang kurang daripada tahunan 8% akan melewatkan pencapaian matlamat Wawasan 2020. Untuk mencapai matlamat negara maju, negara kita harus ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Menurut piawaian Bank Dunia, pencapaian Pendapatan Negara Kasar (GNI) sehingga AS$12,000 (hampir RM 42,240) barulah dikategorikan sebagai ekonomi berpendapatan tinggi. Manakala piawaian ini akan dinaikkan hingga AS$17,000 (hampir RM59,840) menjelang tahun 2020.

Akan tetapi, Pendapatan Negara Kasar (GNI) Negara kita setakat ini hanya mencapai AS$7,000 (hampir RM24,640) dan menduduki tempat ke-85 di dunia.

Disebabkan krisis global, negara kita menghadapi kemerosotan ekonomi, yang menyebabkan kadar pertumbuhan negative untuk tahun 2009 dan kadar pertumbuhan yang minima untuk tahun 2010. Ini menyebabkan pendapatan negara kasar per kapita kita dari tahun 2008 hingga 2009 turun dari RM25,784 ke RM24,055. Malah purchasing power parity juga turun dari US15,040 ke US12,826 pada masa yang sama.

Sekarang kita berada di tempoh kritikal pembangunan ekonomi, dan perlu mengkaji semula system ekonomi untuk beranjak kepada satu bentuk model ekonomi baru. Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada eksport perindustrian atau eksport komoditi untuk meningkat pendapatan perkapita negara. Ditambah pula, syarikat-syarikat beroperasi di Malaysia terlalu bergantung kepada buruh asing murah dan kurang mahir, terutama sekali dalam pembuatan dan sektor-sektor perkhidmatan. Syarikat-syarikat swasta masih keberatan untuk menginovasikan dan melabur dalam teknologi jimat buruh dan teknik-teknik pengeluaran baru. Syarat-syarat ini juga telah menyebabkan ekonomi kita terperangkap di pertengahan bagi menjana pendapatan.

Kita perlu memikirkan dimana ekonomi dapat mengatasi kebuntuan ini dengan mengkaji semula pertumbuhan model kita dengan mengambil satu langkah bagi membantu menggandakan pendapatan per kapita di sektor pembangunan dan menyertai pangkat-pangkat bagi ekonomi-ekonomi berpendapatan tinggi. Teori-teori pertumbuhan baru-baru ini merujuk kepada keterbukaan, pertandingan, perubahan dan inovasi maka strategi-strategi pertumbuhan di bawah model ekonomi baru itu mesti mengambil perhatian pandangan ini kerana dunia kini lebih terbuka dan bersepadu.

Oleh itu, YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan beberapa langkah penting yang menunjukkan beliau ingin mentransformasikan Malaysia kearah negara maju. Konsep Gagasan satu Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, diperkenalkan dan juga liberalisasi 27 sub sector perkhidmatan dan kewangan, Melaksanakan NRA dan KPI, memansuhkan FIC dan penubuhan EKUINAS, menunjuk bahawa kerajaan serius untuk menangani cabaran pada masa kini. Dengan ini saya mohon menyokong badget 2010.

No comments:

Post a Comment