Wednesday, July 22, 2009

Insentif Pengeluaran Hasil Tanaman

Jabatan Pertanian Malaysia telah menyediakan Insentif Pengeluaran Tanaman kepada pengeluar sayur atau buah, maklumat berikut dipetik dari laman web Jabatan Pertanian:

Pelaksanaan Insentif Tanaman Di Bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan

Tujuan

Tujuan pemberian insentif adalah untuk:
1. Meringankan bebanan pengusaha berikutan kenaikan kos pengeluaran.
2. Menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan (Buah-buahan dan Sayur-sayuran).

Kadar Insentif Tanaman

Kadar insentif yang dipersetujui seperti berikut:
1. Sayur-sayuran dan tanaman kontan - RM 81.00 metrik/tan
2. Buah-buahan - RM 78.00 metrik/tan

Syarat-Syarat Kelayakan Insentif

· Warganegara Malaysia.
· Pengusaha Individu, Syarikat dan Institusi.
· Mengusahakan tanah sendiri, disewa, dipajak atau lain-lain status tanah yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa berkaitan.
· Mempunyai Rekod Ladang.
· Berdaftar di bawah Jabatan Pertanian Semenanjung,Jabatan Pertanian Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Pertanian Sabah dan Sarawak. Pemberian insentif hanya layak diberi berdasarkan kepada permohonan dengan menggunakan borang pendaftaran yang khusus.
. Mempunyai akaun di Agrobank.


Jenis-Jenis Tanaman

Insentif akan diberikan berdasar kepada pengeluaran hasil yang dijual sahaja. Jenis-jenis tanaman yang akan diberi insentif seperti berikut:


Sayur-sayuran dan tanaman kontan
Cili
Brassica (sawi)
Kubis
Peria
Kacang buncis
Kailan
Petola
Halia
Terung
Bayam
Kacang panjang
Tomato
Salad
Kangkung
Timun
Bendi
Labu manis
Ubi kayu
Jagung manis
Keledek
Sengkuang

Buah-buahan
Nanas
Belimbing
Betik
Jambu
Limau
Mangga
Nangka
Tembikai/Melon
Pisang
Durian
Rambutan
Kelapa
Manggis
Dokong
Duku/Duku Langsat
Cempedak
Longan
Salak
Pitaya

Semua pengusaha yang layak perlu berdaftar dengan Jabatan Pertanian di Pejabat Pertanian yang paling hampir dengan ladang/kebun pengusaha dengan menggunakan Borang Pendaftaran yang disediakan dalam laman web Jabatan Pertanian Malaysia:
http://doa.skali.my/web/guest/211

No comments:

Post a Comment