Kenyataan
Akhbar – 5hb Oktober 2012
1. Bajet 2013 Pakatan Rakyat telah dikatakan oleh PR sebagai
bajet yang terbaik dan dibuat khusus untuk rakyat. Adakah ia betul begitu ?
2. Pertama, Pakatan Rakyat sering kata jika mereka berkuasa,
mereka akan kurangkan harga petrol dan rakyat akan dapat menikmati harga petrol
yang mampu dibayar . Namun, pengumunan yang begitu penting ini tidak pun
dimasukkan dalam Bajet 2013 mereka. Kalau begitu, bagaimana mereka dapat
kurangkan harga petrol ? Di manakah pengiraan mereka ?
3. Bukan itu sahaja, mereka juga berjanji untuk menghapuskan
tol jika PR berkuasa. Tetapi sekali lagi ia tidak dimasukkan dalam bajet
mereka. Di dalam Bajet 2013 PR, ada menyebut bahawa ia akan menyemak semula
harga tol tapi tiada janji dibuat untuk menghapuskan tol.
4. PR membayangkan bahawa mereka sesuatu yang baik untuk
dibawa kepada rakyat dalam Bajet, di mana mereka berjanji akan menaikkan gaji
minimum dari RM900 pada masa ini kepada RM1,100. PR melaung-laungkan ini adalah
langkah terbaik untuk golongan pekerja. Ini tidak benar. Langkah ini akan
meningkatkan lagi beban hutang Negara dan seterusnya membebankan rakyat dalam
jangka masa panjang.
5. Pengiraannya mudah sahaja . Pada masa sekarang, kita ada 3 juta pekerja asing di Malaysia. Bayangkan jika kita memberikan tambahan RM200 sebulan kepada setiap orang pekerja asing, maka dalam satu bulan sebanyak RM600 juta akan dijanakan dan dalam masa setahun , RM7.2 bilion akan dibelanjakan untuk pekerja asing ini.
6. Jika RM7.2 bilion ini digunakan untuk menjana lebih banyak pendapatan untuk Malaysia, ia tentulah menakjubkan. Namun, ia bukan begitu. RM7.2 bilion merupakan wang yang akan mengalir keluar Kerana wang itu akan dipindah dari negara ini ke negara asal pekerja asing.

7. Jika kita laksanakan gaji minimum RM1,100 , kita akan
kehilangan RM7.2 bilion setiap tahun. Persoalan sekarang ialah SIAPA yang akan
menanggung kos RM7.2 bilion ini ? Jawapannya ialah Rakyat ! Pemilik perniagaan sudah tentu akan
memindahkan semua kos yang ditanggung hasil daripada kenaikan gaji miniumum
kepada Rakyat dan Rakyat lah yang akan menanggung akibatnya. Dana Mudahcara
yang dicadang oleh PR hanya cukup untuk menampung keperluan kurang dari dua
bulan Selepas itu, Rakyat akan menanggung
segala sengsara.
8. Bukan itu sahaja,
jumlah RM7.2 bilion juga adalah bersamaan 2 kali ganda perbelajaan
Kerajaan untuk program BRIM, termasuk
BRIM untuk ibu tunggal dan belia antara 21 tahun hingga 30 tahun. Inikah manfaat
kepada Rakyat yang dikatakan oleh PR ? Siapakah yang dapat manfaat ? Ini
cuma adalah satu jeritan politik dan ia
tiada praktikalnya.
9. Bajet 2013 PR membuat seruan untuk Ubah. Tapi itu adalah Ubah yang tidak membawa manfaat
kepada rakyat, ia satu Ubah yang akan membawa Negara itu berundur ke belakang dan ia satu Ubah yang akan
membankrapkan Negara ini dalam sekelip mata !
Oleh
Datuk Chua Tee Yong
Ketuo
Biro Professional Muda MCA
Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
No comments:
Post a Comment