KENYATAAN AKHBAR (27hb
November 2012)
1.
Kertas Putih yang dibentang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor
telah mengesahkan pendedahan saya
selama ini iaitu ia adalah satu tindakan menyelamat atau “bailout” di mana akhirnya rakyat telah ditipu dan anak syarikat
Kerajaan Negeri menderita. Kenapa saya kata ia adalah satu tindakan menyelamat
?
PENILAIAN
2.
Kerajaan PR Negeri Selangor tidak menggunakan
penilaian yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sepertimana yang dikehendaki
mengikut prosedur Kerajaan.
3.
Kertas putih itu gagal menjelaskan isu ini dan tiada percubaan untuk menyatakan
sebab kenapa Kerajaan PR Negeri Selangor memutuskan untuk menggunakan penilai swasta
sungguhpun ia bertentangan dengan prosedur Kerajaan
Negeri. Kenapa Kerajaan PR Negeri Selangor lebih cenderung untuk menerima
penilaian yang lebih tinggi daripada mengikuti penilaian yang dibuat oleh JPPH
?
Contoh :
4. Mengikut penilaian JPPH, tanah di Bukit
Beruntung 2 bernilai RM113 juta sementara harga penilaian oleh Sulaiman and Co ialah RM375 juta. Tanah itu diterima pada
harga RM345 juta sungguhpun proses tukar syarat tanah masih belum selesai.
Bagaimana penilai swasta ini dipilih, adakah
tender dibuat, apakah kos yang dibayar kepada mereka dan bagaimana Kerajaan
putuskan bila nak gunakan penilaian JPPH dan bila pula menggunakan penilaian
swasta atau kenapa penilai swasta lebih disukai?
Contoh
5. Penilai Mitra telah menilai tanah di
Bestari Jaya pada tahun 2009 dengan harga RM88,000 se ekar dengan jumlah RM199
juta.
Walau bagaimanapun, Mitra telah menilai tanah
yang sama untuk Talam pada tahun 2010 dengan
harga RM60,000 se ekar dengan jumlah RM142 juta.Nilai harta telah jatuh
sebanyak RM57 juta dalam masa setahun, tapi ia telah diterima oleh Kerajaan PR
Negeri Selangor dan tiada penilaian oleh JPPH dilakukan.
“BAILOUT”
6.
Adalah satu pembohongan dengan mengatakan bahawa tiada duit rakyat digunakan. Kos
yang terlibat bukan RM420,000. Tiada penjelasan bagaimana RM266 juta diperolehi
untuk bayar kepada banker Talam. PNSB terpaksa mengambil pinjaman sebanyak RM230
juta dengan menanggung kos faedah sebanyak RM86 juta dan kos untuk KPMG serta penilai swasta juga
tidak dinyatakan.
A) Sebelum transaksi dengan Kerajaan PR
Selangor, Talam adalah
sebuah
syarikat yang disenarai di bawah PN 17. Talam telah terkeluar dari senarai PN
17 pada Jun 2010 selepas Perjanjian Penyelesaian ditandangani dengan Kerajaan PR
Selangor pada bulan Mac dan April 2010
B) Harga penilaian yang lebih tinggi telah diterima
menyebabkan Kerajaan PR Selangor perlu bayar sebanyak RM266 juta kepada banker
Talam. Jika harga penilaian untuk aset lebih rendah (contoh Bukit Beruntung 2,
Bestari Jaya), maka jumlah yang perlu dibayar kepada banker Talam dapat
dikurangkan atau lebih banyak aset dapat diperolehi oleh Kerajaan Negeri.
C) Diskaun
sebanyak RM36 juta telah diberikan kepada Talam walaupun Perjanjian Penyelesaian
sebelum ini telah tamat pada tahun 2008 dan tiada penjelasan diberikan.
D) Usaha mengutip semula hutang ini sebenarnya
hanya memindah aset dari Talam kepada anak syarikat Kerajaan Negeri sepertimana
yang disahkan dalam Kertas Putih. 90% daripada aset-aset telah dijual kepada
anak syarikat Kerajaan Negeri. Hakikanya KHSB telah menolak percubaan untuk
memaksa mereka menerima aset tersebut sepertimana yang didedahkan sebelum ini .
Tiada pembangunan
yang besar dilaksanakan dan tiada pendapatan dijana daripada tanah cerun bukit
Ulu Yam, unit pejabat , tanah Bukit Beruntung 2 dan tanah Bestari Jaya
Tapi pada masa yang sama, Talam telah bebas
dari beban hutang kepada anak syarikat Kerajaan Negeri dan ia juga mampu selesaikan
RM266 juta kepada bankernya.
E) Artikel dalam The Edge pada 15 Mac 2010
menyatakan untuk Talam terkeluar dari senarai syarikat di bawah PN 17, syarikat tersebut perlu selesaikan hutang tertunggak
sebanyak RM227 juta sehingga 30
November 2009. Apabila Kerajaan PR Selangor menerima/membeli asset-aset dari
Talam, Kerajaan PR Selangor dikehendakki untuk bayar sejumlah RM266 juta kepada
banker/pembiaya Talam. Jika tidak, Talam akan
kekal sebagai sebuah syarikat di bawah PN 17.
F) Daripada penyelesaian hutang itu, Talam
telah dapat jimat bayaran faedah sebanyak RM24 juta setiap tahun sepertimana
yang didedahkan dalam pekeliling mereka sementara PNSB pula terpaksa membayar
kos faedah sebanyak RM86 untuk tempoh pinjaman dan menanggung bayaran susut
nilai sebanyak RM1.2 juta setiap tahun untuk tanah pegangan pajakan di Bestari
Jaya.
G) Selepas Perjanjian Penyelesaian hutang
ditandatangani, Kerajaan PR Selangor berhutang kira-kira RM30 juta
kepada Talam. Kenapa Kerajaan PR Selangor perlu menerima/membeli aset melebihi
keperluan sehingga ia sekarang berhutang kepada Talam pada akhir usaha mengutip semula hutang ini ?
7.
Sehingga kini, Kerta Putih yang dikeluarkan menjelaskan bahawa transaksi ini masih
belum habis. Sebelum ini, Kerajaan PR Selangor mendakwa kertas putih tidak
boleh dikeluarkan kerana transaksi belum selesai. Ini membuktikan bahawa Kertas
Putih ini dikeluarkan hasil daripada tekanan daripada MCA dan Kerajaan PR
Negeri Selangor sebenarnya tidak ada niat untuk menunaikan janji yang mereka
buat pada tahun 2010.
8.
Hakikatnya kos yang terlibat telah menjadi lebih tinggi sekarang kerana Kerajaan
PR Negeri Selangor terpaksa
menggunakan dana tambahan daripada Kerajaan Negeri untuk membantu Unisel kerana
sejumlah besar aset yang diterima dari Talam masih tidak ditukar menjadi wang
tunai dan wang tunai yang didapati telah digunakan untuk membayar banker Talam.
//TAMAT
OLEH Datuk Chua Tee
Yong
Ketua
Biro Profesional Muda MCA
Timbalan
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Ahli
Parlimen Labis